Wednesday, February 27, 2013

P.O.Y.O

Assalamualaikum...
 

Tak tahu nak tulis apa so nak tulis pasal “POYO”. Tapi aku bukan nak bergossip pasal orang yg ‘poyo’ ok. Ni takde kena mengena dengan manusia2 sekalian. Huhu.. Yelah, sekarang ni kan fenomena ‘poyo’ berleluasa sejak Johan Raja Lawak sebut dengan nada yg agak ‘poyo’. Oh bosannya tajuk entry aku ni. Ah lantaklah. Bukan ada yg kisah pun(sadisnya ayat).
Apa itu ‘POYO’? Kuih, baju ala-ala peplum, atau sejenis bantal peluk yg best untuk dipeluk tatkala musim hujan ni? Haha.. Mesti semua orang dah tahu apa itu ‘poyo’ kan. Eh betul ke tahu? Entah2 buat2 tahu je. Main hentam je nak sebut ‘poyo’2 ni. Orang sebut poyo, kau pun nak sebut poyo tapi tak tahu apa maksud ‘poyo’ tu. Kau ingat ‘poyo’ tu sejenis kudap2an yg boleh dimakan sambil baring sambil menaip blog ke? Yg dah tahu tu baguslah tapi nak remind balik what is ‘poyo’ all about. Especially untuk budak2 muda sekarang yg baru nak matang yg terlalu dimanjakan dengan perkataan2 yg hentah hape2(bahasa rosak). Haish!
‘Poyo’ tu sebenarnya short form  dari ayat “Proud of your own”. Bahasa Inggeris ok..Kalau dalam Bahasa Melayu maksudnya bangga dengan diri sendiri lah. Tapi kalau bahasa kita2 ni perasan lah maksudnya. Sekarang ‘poyo’ macam dah jadi perkataan rasmi kt Malaysia kan. Pergi mana2 je mesti akan dengar perkataan yg konon boom kebaboom ni. Poyo sana, poyo sini. Aku sumbat yoyo dalam mulut baru tahu. Nak sebut poyo tu pun tengok keadaan lah dulu, baru orang tak gelakkan kita. Bahasa kita pun tak rosak. Kan bahasa jiwa bangsa. Cewah! Akhir kata, jangan nak ‘poyo’ sangat ok. Till then,Wasalam.
Spesies muka 'poyo'

Monday, February 25, 2013

Puding Roti ku

Assalamualaikum...
 
Dah lama tak update blog. What???? Sejak bila pulak aku ni rajin meng'update' blog. Ushar blog2 orang lain tu rajinlah. Bukan rajin,wajib! Aku tak tahu nak membebel apa kalau bukak blog dashboard pun. Tapi harini sempena hujan tak henti2 sejak pagi(ada kaitan ke?) aku bertekad untuk menaip sebuah entry yg bertajuk "Puding Rotiku". Ya, itu jelah yg aku nak update harini. Puding roti yg aku buat 2 hari lepas.haha! Dahlah blog jarang2 update, pemalas, pastu tetibe nak update pasal puding roti yg budak tadika tak cukup umur pun boleh buat. Kalau ada orang yg baca blog aku ni mesti gelakkan aku terguling-guling. Hello, suka hati I lah. Janji aku bahagia dengan puding rotiku(tetibe). Nah resepi puding roti ku!
 
Bahan-bahan:
8 keping roti(buang kulit) *taknak buang kulit pun takpe
80 gm mentega
3 biji telur
3 cawan susu segar
50 gm gula
Sedikit cip coklat(untuk hiasan)
 
Cara-cara:
1. Campakkan mentega, telur, susu segar dan gula ke dalam mangkuk dan bancuhkan sampai sebati.
2. Carik2 kan roti dan susun dalam bekas aluminium @ dulang pembakar(dulang?).
3. Masukkan bancuhan yg telah dibuat ke dalam bekas aluminium berisi roti yg telah dicarik tadi.
4. Biarkan seketika supaya roti meresap bancuhan tersebut dan taburkan cip coklat ke atasnya.
5. Bakar dalam ketuhar dalam 190 C selama 30 minit(bergantung kepada keadaan puding dan jenis ketuhar masing2).

Sebelum bakar nilah rupanya. Sejuk mata memandang.huhu..


Tadaaaa! Selepas kena bakar, nilah rupanya. Menggiurkan.huahaha!
 
Sekian sahaja entry yg mampu saya buat masa ni. Musim2 hujan ni takde idea nak bebel. Otak beku. Jika ada kelapangan berserta kerajinan bertemankan idea2 bernas, akan ku singgah lagi untuk membebel. Till then, Wasalam :)
 
 
p/s: I do love cooking.





Saturday, February 2, 2013

Blogging vs. Vlogging

Assalamualaikum.
 
Sebut je Blogging, semua orang tahu. Ye, Blogging adalah sejenis kuih.kadang2 jadi baju.haha! Sebenarnya Blogging adalah satu aktiviti menaip(atau lebih dikenali sbg membebel) dlm sebuah social network yg dikenali sbg ‘BLOG’. Dalam blog, macam2 kita boleh cerita @ bebel @ maki hamun(oopppss! Not allowed!). Kita cerita benda yg kita nak cerita tu melalui penaipan(perkataan ini tidak diluluskan dlm kamus,sekian) dan orang yg buka @ ‘ter’buka blog kita tu akan baca benda yg kita taip tu(I prefer to use “typing” rather than “writing” because we use a computer’s keyboard for blogging and not use a pen with a piece of paper,FYI).  So this is Blogging all about. You type in your story, upload some ‘konon2 cantik’ pictures, then you publish it and people read the story.
 
 

Ok, that’s Blogging. What about “Vlogging”? “Cinta Vlog”? Haha. Ada yg dah tahu dan ada yg masih samar2(aku lah tu) apa itu “Vlogging”. Well, "Vlogging" tu sejenis kuih jugak cuma bahan2 dia je yg berbeza(auta sgt). Actually “Vlogging” is a Video Blogging. Sama jugak macam Blogging di mana kita ‘membebel’ tapi like my auta, bahan2 dia berbeza. Vlogging ni tak main ar taip2 ni, dia main cakap2 terus(ambik kau). Bak kata orang zaman sekarang, face to face. Eh, yeke? Ah, lebih kurang camtu lah. Kalau blogging adalah suatu aktiviti bercerita menerusi tulisan @ penaipan(serius ada ke perkataan ni?), “Vlogging” pulak adalah satu aktiviti bercerita menerusi suara(with some weird face expression I think). Ada jugak yg “Vlogging” menerusi cerita drama yg diorang reka(kreatif bebenor). Kalau medium para bloggers adalah penulisan @ penaipan(perkataan favorite), "Vloggers" pulak gunakan video sbg medium diorang berblog. “Vloggers” akan publish diorang punya ‘modal’ kt Youtube and viewers akan tgk cerita diorang(ni pun nak kena cakap ke?). Some of the “Vloggers” yg agak(bukan agak tapi memang) famous amos adalah Mat Luthfi, Maria Elena, Anwar Hadi, Afiqsays, Aiman Azlan dan ramai lagi la. Aku paling suka tgk video Mat Luthfi.hehe J
 
Antara “Blogging “ dan “Vlogging”, I have to say that “Vlogging” has so much benefits than “Blogging”. Why??? Sebab melalui “Vlogging”, we can improve the way we talk in front of people as well as to build up our self-confidence. Kalau “Blogging” kita taip je apa yg kita nak taip. Tak payah nak make up cantik2 untuk masuk camera, tak payah nak critical thinking pilih baju mana nak pakai, tudung mana yg cantik. Kita cuma menaip sambil baring sambil menikmati gula2 kapas. Isn’t it sweet? Tapi kalau “Vlogging” kita popetpopet sorang2 depan kamera(tak ke gila namanya) sambil buat aksi yg kadang2 senonoh kadang2 tak. But that’s what people like to watch. Either “Bloggers” or “Vloggers”, they have their own fans and followers. It’s all up to ‘em how they want to tell their stories. Janji bahagia.Hehe.. But for sure, bila kita berblog, biarlah apa yg kita ceritakan atau bebelkan tu bagi manfaat kpd pembaca @ penonton. Sebab apa yg kita cakap sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran seseorang. So dear “Bloggers” and “Vloggers”, keep doing a good story for me.Huahaha! Till then, Wasalam.
 

One of my fav. video from Mat Luthfi

 
p/s: entry ni sebenarnya ibarat cerita “Setia Hujung Nyawa” antara versi novel(blogging) dan versi drama(vlogging).