Sunday, September 8, 2013

Cheesekut Cake Orang Demam

Assalamualaikum...
 
Dua hari lepas aku ada buat cheesekut cake. Ala..resepi yg tengah hot yg ramai blogger kongsi tulah. Aku pun apa lagi, nak try buat la jugak kan. Dahlah aku ni penggemar tegar cheese. Cis! Disebabkan aku tengah demam, maka selera pun mengalahkan ibu mengandung. Bukan main lagi tekak aku meronta-ronta nak makan cheesekut cake tengah-tengah demam nih. Actually ni kali kedua aku buat cheesekut. First time buat masa raya haritu. Tapi masa raya hari tu aku buat version biskut marrie punya. This time aku buat versi original guna biskut Hup Seng Deluxe Original. Dapat rasa perbezaan yg teramat antara cik Hup Seng dan cik Marrie. Cik marrie ada rasa macam tiramisu sikit.
Asalnya aku tengok resepi ni dari blog Cik Epal. Pastu tertengok kat Facebook Yuyu Zulaikha pulak, yg versi biskut marrie. Pastu google punya google, eh banyak pulak resepi cheesekut nih. Ada yg perisa strawberi lah, letak nestum lah. Macam-macam. Tapi aku buat yg paling senang. Lagipun aku buat ikut suka jari jemari aku je. Aku memang suka main hentam je bab masak-memasak nih. Tak ikut sukatan pun takpe janji anak tekak aku kata sedap. Boleh camtu?
Bahan-bahan:
Seketul(huh? Seketul) Keju krim/ Cream cheese
Biskut Hup Seng Deluxe Original
Susu pekat
Susu segar
Kiwi-untuk hiasan. Hias dengan benda lain pun boleh
Cara-cara:
1.       Pukul cream cheese sampai kembang.
2.       Masukkan susu pekat dan susu segar, kemudian pukul lagi. Susu pekat tu agak-agak je. Kalau suka manis letak banyak, kalau tak suka manis letak sikit. Pandai-pandailah rasa ye. Susu segar tu pun letak agak-agak jugak. Jangan sampai adunan cream cheese tu cair sangat (aku punya semua agak-agak.agak-agak aku nak kena tampar tak?).
3.       Lapikkan Loyang atau ‘tupperware’ dengan plastic.
4.       Celupkan biskut dalam susu segar dan susun cantik-cantik di dalam Loyang.
5.       Lapiskan dengan adunan cream cheese tadi. Pastu letak biskut yg dicelup dengan susu segar balik dan letak cream cheese dan ulang sampai adunan cream cheese habis.
6.       Sebagai topping, sapu adunan cream cheese dan hiaskan sesuka hati. Aku guna buah kiwi je. Cheesekut orang demam ni memang kena letak vitamin C.haha
7.       Tutup Loyang atau ‘tupperware dengan plastic atau penutup dan biarkan sekurang-kurangnya 4-5 jam. Kalau nak cepat letak kat tempat sejuk beku tu dulu sekejap, pastu baru pindahkan kat tempat biasa(dalam peti sejuk)
Cheesekut cake versi orang demam-ada buah

Oh my favourite!
 
Selamat mencuba. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 

 

Tuesday, September 3, 2013

The Flower Girls on Independent's Day

Assalamualaikum...

Untuk pertama  kalinya aku jadi ‘flower girl’ untuk majlis kahwin kawan. Konon! Last Saturday on 31 August 2013, Hari Merdeka, kawan sekolah rendah aku buat kenduri kahwin. So dia mintak kitorang(aku, wani dan mida) dan mereka-mereka yg terpilih tu pakai baju kelabu sebab temanya kelabu+merah/pink. Ada sesi photo shoot kat pantai katanya.
Secara tak dirancang Wani bawak Ijat sebagai personal photographer kitorang kot-kot sesi photo shoot dengan pengantin tu tak jadi kan. Ijat ni kawan dari sekolah rendah jugak dan dia ambil course Photography. And lucky we had our own photographer sebab memang tak jadi pun nak pergi pantai ber’photoshoot’ dengan pengantin. So petang tu lepas bergambar dengan pengantin semua, kitorang(aku, mida, wani, fahin dan ijat) terus plan pergi ke pantai. Konon-konon nak ber’photoshoot’ kat sana la kan since bergambar dengan pengantin tak jadi. Semua pun dah pakai cantik-cantik time tu so apa lagi. Hihihi! Jangan harap la aku nak pakai cantik-cantik dengan make-up 16 inci kalau takde event. Ok, malas nak story pasal keadaan wedding tu. Tengok jelah beberapa gambar kitorang yg Ijat the photographer ni snapped ok. This time kitorang langsung tak guna kamera dari handphone masing-masing. 100% from the photographer. Kamera handphone pun guna handphone Ijat. Memang betul-betul tukang ambik gambar lah kau Ijat.
Menunggu pengantin perempuan siap diandam

Kami antara yg terawal.hihi


Tunggu pengantin masuk


Selamat Pengantin Baru Shafia dan suami. Semoga bahagia sampai akhir hayat.

From left: Yana, Wani, me, Fahin, Mida, Ijat

Peace-gwiyomi-peace-gwiyomi. Aku pose bantal pelamin je!

Suka gambar ni sebab background cantik sangat! nampak whole set of pelamin
 

Melepak je keje

Yg pegang kamera tulah photographer kami, Ijat

Pasangan baju purple tu merak dua sejoli. yg lelaki tu member sekolah kitorang, Ikram with his wife. aaww! terjumpa masa kitorang nak balik dr kenduri dah

We all naik kuda you~~

Kuda ku lari gagah berani~~kuda ni jalan romantik je
 

Kami dah nak balik dah(konon)
 
 
So far ok la gambar-gambar yg Ijat snap and edit. Maybe because I've seen some better photos from other photographer before this. Takpe, lama-lama nanti confirm jadi professional. Kitorang merdeka sakan haritu. Maklumlah Hari Merdeka 31 Ogos. Ok lah, till then, Wasalam.
 
 

Wednesday, August 28, 2013

Personal Tips of My 'lone ranger' Trip

Assalamualaikum...

Amboi, tajuk nak omputih aje. Entry kali ni agak panjang. Just to share some of my tips when I had my short ‘trip’, alone. Saya kerap kali berjalan atau ber’trip’ jauh sorang-sorang. ‘Trip’ bukan bermaksud melancong atau pergi makan angin je, tapi bergerak untuk ke sesuatu tempat yg agak jauh atas urusan tertentu. Macam tu pun kita boleh panggil ‘trip’ kan. So saya nak share apa yg perlu kita buat bila berjalan jauh(trip) sorang-sorang.
1.     Tahu/kenal tempat yg ditujui:
Kita kena tahu dan kenal tempat yg kita nak pergi. Survey dulu tempat yg kita nak pergi tu. Kalau boleh ada seseorang yg kita betul-betul kenal dari tempat tersebut lebih baik. Bila travel sorang-sorang, of course kita akan rasa agak ‘insecure’ di tempat orang kan. Jadi lebih baik kita ‘inform’ pada dia supaya kalau ada apa-apa nanti, at least there’s something back us up. Tapi kalau takde sesiapa yg kita kenal dari tempat tu, jangan risau. There’re always kind people to help you. Kalau tersesat ke apa, boleh minta tolong dengan abang-abang sekuriti atau polis bantuan atau kakak dan makcik-makcik dari tempat tersebut. Jangan takut untuk bertanya dan jangan malu untuk meminta tolong.

2.       Pentingkan kos:
Benda ni memang paling penting bagi saya. Kos pengangkutan dan tempat tinggal penting bagi sesiapa yg travel sorang-sorang. Yela, kalau travel ramai-ramai dengan geng bolehlah ‘tongtong’ kan. Tapi kalau jalan sorang-sorang mesti akan rasa membazir dengan setiap sen yg korang gunakan. Saya akan cari dan gunakan transport dan tempat tinggal/hotel yg paling murah semurah yg boleh! So kalau mampu berjalan kaki ke tempat yg ditujui dan tempat tu tak jauh sangat, berjalan jelah. Benda ni mungkin tidak sesuai bagi mereka yg cepat letih, atau tidak biasa berjalan kaki dalam jarak yg jauh. Marathon beb! Bukan travel namanya kalau tidak berjalan jauh. Tengok je mat salleh mat salleh yg datang Malaysia. Diorang lebih banyak berjalan untuk ke sesuatu tempat. Mungkin sebab saya ni kaki jalan, so saya lebih memilih untuk berjalan kaki dari naik public transport kalau saya mampu berjalan ke tempat tu selain dari jimat duit tambang.ahaks!

3.       Kena kuat mental fizikal:
Point ni berkait dengan point kedua tadi iaitu berjalan kaki. Nak travel kena ada stamina yg kuat. Stamina yg kuat maknanya gagah dan rajin untuk berjalan kaki. Like I said earlier, mat salleh pun berjalan kaki ke hulu hilir kan? Bagi yg dah biasa berjalan kaki untuk jarak yg jauh mungkin takde masalah tapi bagi yg tak biasa atau first time travel sorang-sorang, you have to train yourself berjalan kaki. Kalau stamina tak kuat, mesti diri cepat penat dan rasa macam nak landing atas katil dalam bilik hotel je.kan? Bila dah syok landing atas katil, mesti nak keluar hotel cari makan pun malas kan. Lepas tu mulalah merungut tak larat berjalan lah, apa lah. Kalau kita mampu berjalan, kita takkan merungut untuk keluar pergi ke mana-mana. Bila berjalan, make sure jangan terlalu ‘rushing’. Sebab bila kita berjalan laju secara automatic badan kita pun cepat letih. Tapi saya ni jenis berjalan laju kalau berjalan sorang-sorang.hehe. Bagi yg kaki jalan macam saya ni takde masalah nak ‘rushing’ pun sebab dah biasa. Sebab tu kena biasakan diri berjalan kaki supaya kita ada stamina dan tak rasa cepat letih bila berjalan. 

4.       Mesra/ tak sombong:
Benda ni paling biasa bila kita ke sesuatu tempat. Kita kena hormat tempat orang. Kalau pergi rumah orang pun, kita tak boleh buat perangai sesuka hati kan. So kalau tak tahu dan tak pasti dengan keadaan sesuatu tempat, jangan diam je. Beranikan diri untuk bersuara, bertanya pada orang tentang apa yg kita perlukan masa tu. Travel sorang-sorang boleh buat kita lebih matang dan lebih tahu berinteraksi dengan orang. When you travel alone, you must know how to communicate with people. So grab the opportunity to enhance your communication skill. Lain orang lain cara mereka berkomunikasi. Yang penting, kita jangan sombong di tempat orang. Ingat, tak tahu tanya, bukan diam!   

5.       Pentingkan masa:
Kalau boleh kurangkan masa bersenang-lenang di hotel atau ulang alik dari suatu tempat ke hotel/tempat tinggal dengan kerap. Saya kalau travel sorang-sorang, saya lebih suka habiskan masa di luar hotel/tempat tinggal. Lepas ‘menjelajah’ satu tempat, saya akan terus pergi tempat lain pula. Pastu lepak je kat mana-mana. Tapi yg pasti tempat tu kenalah selamat. Jangan lepak kat tepi jalan atau kaki lima tu ya! Make sure you know how to take good care of yourself. Tak perlu ulang alik ke hotel sebab benda tu hanya akan makan masa je. Makan di luar atau beli makanan terus sebelum balik ke hotel/tempat tinggal. Then sampai hotel boleh rehat terus. Tak perlu keluar lagi untuk makan ke apa. It’s for your safety as well. Travel is about how you spend your time at some places on the road, not wasting your time in the hotel. Kita bukannya duduk kat rumah sendiri nak ulang alik macam banyak sangat masa. Lagipun, kalau ulang alik dari hotel ke tempat yg kita nak pergi tu, akan makan kos transport pulak. Time is money right?

6.       Kurangkan barang:
Benda ni paling saya risau dan pening tiap kali nak pergi jalan jauh-jauh. Kalau boleh semua nak bawa. Tapi bare in mind, kalau trip hanya untuk  2-3 hari, tak payahlah bawa banyak sangat pakaian. Minimize beg seboleh mungkin dan seringan yg boleh. Biasanya saya bawa satu beg medium size je kalau trip 2-3 hari. Sumbat semua benda dalam tu(kecuali barang berharga). Tak perlu bawa beg tangan yg berat atau 2-3 beg semata-mata untuk perjalanan yg sekelip mata tu. (Tips: Kalau boleh beli satu beg saiz medium yg ringan dan tahan lasak untuk kemudahan bila berjalan jauh). Lagi satu, bawa pakaian yg ringan dan yg boleh mix and match supaya nanti takdelah meroyan bila takde baju nak pakai.
 
I've used this bag for most of my trips. been used this 'helpful bag' since 3 years back. bawa pegi class, letak semua buku tebal-tebal dalam beg ni, even my laptop. tahan lasak, ringan, simple. boleh bawa outing, pastu sumbat barang-barang shopping semua dalam ni. bought it at Petaling Street(well, actually someone paid for me) and really worth it.
 
Basically tips ni lebih sesuai untuk yg pergi trip sorang-sorang. Kalau ‘trip’ dengan kawan-kawan mungkin berbeza situasinya. Lain orang lain cara mereka membawa diri. Saje nak kongsi benda-benda macam ni. Mana tahu kot-kot boleh membantu sedikit sebanyak, berdasarkan pengalaman. Till then, Wasalam.
 

 
p/s: I prefer to go anywhere or having a trip on my own because I don't like giving any hardship or trouble to my companion. Plus, it is such a freedom!
 
 
 
 
 

Wednesday, August 21, 2013

Raya ke-5 a.k.a Outing Bersama Mereka


Assalamualaikum...
Aci tak kalau aku delete je blog ni? Eh! ribut takde, taufan badai takde, tetibe sentap ayat aku nih. Just kidding laa. But..we never know what we’re going to do in future, right? Ok, tak payah nak ‘touching’ sangat. Aku nak cerita pasal raya dengan BFF minggu lepas. Ye minggu lepas! Raya ke lima. Well, actually it was an outing. Yup! Didn’t wear baju raya with them but it was just the 5th raya, so it’s raya however right? Raya ke lima baru dapat jumpa my besties. Masa hari raya tu tak dapat jumpa langsung dengan kesayangan-kesayangan ni sebab masing-masing sibuk dengan raya masing-masing. I guess. Except si Kava-kava tu yg beraya sakan dengan kawan-kawan sekolah dulu. I’m jealous ok! And me? I was busy taking care of my sister in a hospital.
So raya ke lima kitorang outing, a.k.a beraya di KB Mall. Haha! It was a sudden plan by them since Umi had her off day and Mida had her AM shift. So petang tu kitorang keluar bergonjeng ah. Hahaha! Macam biasa bila keluar mestilah kena cari tempat makan kan. Hari tu kitorang dalam dilemma nak makan kat McD atau KFC atau Noodle Station. Sebabnya, Umi and I were craving for KFC Crushers Lemon Fizz(do I spell the thing correctly?) since Ramadhan. Dan sampai sekarang kitorang tak jumpa lagi. Tak tahulah air tu wujud lagi ke tak tapi ada je dia letak kat ‘menu board’ tu. Kalau takde tak payah lah letak kan? So bila takde kitorang hampa yg teramat. Hopefully dapat lah air pengubat tu nanti, very-very soon! Sebab memang mengidam sangat-sangat sejak bulan puasa haritu lagi. Sedih pulak cerita pasal air yg belum dapat tu. Dah taknak cerita lagi lah. Nah! Tengoklah gambar sekeping dua(sekeping dua la sangat) ni sebelum blah ok. Till then, Wasalam.
 
On our way heading to KB Mall. Saya nampak tembam dalam gambar ni.huhu
 
Window shopping/shopping dan perempuan tak dapat dipisahkan.


Tengok background pun dah tahu kat mana kan? hahaha
 
My outfit: Padini blouse + Jeans from Voir Jeans + RM10 of Green leopard print shawl from local store + Hand bag from Chinese store at Berjaya Time Square + Selipar getah RM10 from Gudang Cina (tak nampak la pulok)


 

Tuesday, August 13, 2013

Raya yang Penuh Emosi


Assalamualaikum…
Hey y’all readers and bloggers. First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya sebulan kan. So sangat relevant untuk aku ucap selamat hari raya lagi.Hikhikhik. Dah lama tak update blog ni. Sejak bulan puasa kot. Padahal selalu je buka blog tapi buka untuk baca entry orang jela. Walaupun banyak benda yg terjadi dan nak story dalam blog ni. Tapi bila dah terkusyuk skodeng blog-blog orang lain 2-3 jam, terus aku lupa yg aku ada blog. Boleh camtu? Hahaha! Harini mood rajin datang bertemankan semangat dan arahan yg diberi oleh sahabat karibku Umi (pergh, skema giler ayat) untuk meng’update’ blog.
 
Nak story pasal apa ek? Banyak sangat benda yg ada dalam benak kepala ni. Emm..nak story semua karang ada jugak yg tak tido 4 hari 4 malam. Aku cerita apa yg menarik dalam kepala aku jela ek.
 
Well, raya aku tahun ni tak segempak tahun-tahun lepas. Why? Sebab aku beraya di hospital. Tapi bukan aku yg masuk hospital tapi kakak aku bersalin. Due dia 8hb hangpa tau. Dan 8hb tu kan hari raya. Tapi dia ‘check-in’ ward awal sebelum 8hb tu. Dia bersalin 10hb, raya ke-3 dan dapat baby boy. Kakak bersalin through operation so agak lama la stay hospital berbanding yg bersalin normal tu kan. Memang tak beraya sangat lah aku duk ulang alik dan stay hospital jaga kakak. Memandangkan aku satu-satunya adik perempuan beliau, haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Ye dok? Huhu.. Even preparation for raya has been made in last minutes. Almaklumlah aku je perempuan kat rumah selain mak aku. So everything related to house works was depended on me. Kuih raya pun sempat buat empat jenis je. Sebab selalunya kakak datang tolong buat kuih raya dengan aku, tapi since dia dah sarat, terpaksalah aku ‘struggle’ sorang-sorang menghadap encik tepung dan rakan-rakan.
 
Nak beraya dengan sahabat handai serta rakan taulan pun tak kesampaian. Dahlah ramai kawan-kawan lama yg jemput ‘open house’ dan kenduri raya tahun ni. Waaaa! Nangis berbaldi-baldi tak dapat join! :’( Tapi di sebalik kesedihan tu, aku happy sebab dapat anak buah. Yay! Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan, dan begitulah sebaliknya kan. Barulah adil.hehehe! Walaupun penat ulang alik dan teman kakak kat hospital, tapi aku happy sebab bila lagi nak berkorban untuk satu-satunya kakak yg aku ada kan.huhu(emosi kejap). Aku kena stay sebab lelaki tak dibenarkan tunggu @ teman  pesakit kat hospital tu. So abang ipar aku dapat datang jenguk kejap-kejap dan hantar makanan macam tu jelah. Pastu selebihnya aku dengan adik perempuan dia la yg jaga kakak. Tapi adik abang ipar aku tu pun dah kahwin dan ada anak kecik, so malam memang turn aku lah kan. Adik mithali sangat tau!
 
Panjang pulak aku membebel. Kalau boleh aku nak cerita lagi tapi takpelah.haha! Cerita sikit-sikit dahlah ye. Bukan ada yg baca pun . By the way, kakak dan baby dah keluar hospital petang semalam dan balik rumah mertua dia. Malam semalam aku dengan family aku pergi jenguk diorang. Dari haritu lagi excited nak tengok baby. Ingatkan dapat tengok kat hospital rupanya tak dapat. Sebab tengok orang lain masing-masing dah ada baby kat sebelah diorang. Kakak aku je yg terbongkang sorang-sorang.huhu.. Baby kena kurung sebab kes kakak aku bersalin bedah. Macam tu ek kes bersalin operate? Baby dengan ibu takleh duk sekali? Sedihnya T.T  Tapi semalam dah tengok so dah puas hati. Ok dah! Kang aku cerita pasal baby pulak kang 3-4 jam tak habis. Till then, Wasalam.
 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

 
 
p/s: jari jemari gatal nak menaip lagi dan otak meluahkan banyak idea. sabar! next time ye :)