Showing posts with label passion. Show all posts
Showing posts with label passion. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Cheesekut Cake Orang Demam

Assalamualaikum...
 
Dua hari lepas aku ada buat cheesekut cake. Ala..resepi yg tengah hot yg ramai blogger kongsi tulah. Aku pun apa lagi, nak try buat la jugak kan. Dahlah aku ni penggemar tegar cheese. Cis! Disebabkan aku tengah demam, maka selera pun mengalahkan ibu mengandung. Bukan main lagi tekak aku meronta-ronta nak makan cheesekut cake tengah-tengah demam nih. Actually ni kali kedua aku buat cheesekut. First time buat masa raya haritu. Tapi masa raya hari tu aku buat version biskut marrie punya. This time aku buat versi original guna biskut Hup Seng Deluxe Original. Dapat rasa perbezaan yg teramat antara cik Hup Seng dan cik Marrie. Cik marrie ada rasa macam tiramisu sikit.
Asalnya aku tengok resepi ni dari blog Cik Epal. Pastu tertengok kat Facebook Yuyu Zulaikha pulak, yg versi biskut marrie. Pastu google punya google, eh banyak pulak resepi cheesekut nih. Ada yg perisa strawberi lah, letak nestum lah. Macam-macam. Tapi aku buat yg paling senang. Lagipun aku buat ikut suka jari jemari aku je. Aku memang suka main hentam je bab masak-memasak nih. Tak ikut sukatan pun takpe janji anak tekak aku kata sedap. Boleh camtu?
Bahan-bahan:
Seketul(huh? Seketul) Keju krim/ Cream cheese
Biskut Hup Seng Deluxe Original
Susu pekat
Susu segar
Kiwi-untuk hiasan. Hias dengan benda lain pun boleh
Cara-cara:
1.       Pukul cream cheese sampai kembang.
2.       Masukkan susu pekat dan susu segar, kemudian pukul lagi. Susu pekat tu agak-agak je. Kalau suka manis letak banyak, kalau tak suka manis letak sikit. Pandai-pandailah rasa ye. Susu segar tu pun letak agak-agak jugak. Jangan sampai adunan cream cheese tu cair sangat (aku punya semua agak-agak.agak-agak aku nak kena tampar tak?).
3.       Lapikkan Loyang atau ‘tupperware’ dengan plastic.
4.       Celupkan biskut dalam susu segar dan susun cantik-cantik di dalam Loyang.
5.       Lapiskan dengan adunan cream cheese tadi. Pastu letak biskut yg dicelup dengan susu segar balik dan letak cream cheese dan ulang sampai adunan cream cheese habis.
6.       Sebagai topping, sapu adunan cream cheese dan hiaskan sesuka hati. Aku guna buah kiwi je. Cheesekut orang demam ni memang kena letak vitamin C.haha
7.       Tutup Loyang atau ‘tupperware dengan plastic atau penutup dan biarkan sekurang-kurangnya 4-5 jam. Kalau nak cepat letak kat tempat sejuk beku tu dulu sekejap, pastu baru pindahkan kat tempat biasa(dalam peti sejuk)
Cheesekut cake versi orang demam-ada buah

Oh my favourite!
 
Selamat mencuba. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 

 

Saturday, May 25, 2013

Girls, Secret Recipe dan Teh Hijau

Assalamualaikum...
 
Dua hari lepas aku keluar dengan GFs aku- Mida dengan Umi. Kitorang pergi serang Secret Recipe sebab aku teringin sangat nak try produk baru dia ‘Turkish Indulgence’. Actually takdelah baru sangat pun tapi agak baru jugak lah. Haha. Nampak kat page Secret Recipe macam sedap je. So aku pun ajak la my GFs gi makan. Mula-mula tu ingat nak pergi Secret Recipe kat Nirwana Kubang Kerian ni je. Dekat sikit. Sebab Umi keje so takut dia penat pulak nak drive terkejar sana sini. Last-last ke KB Mall jugak kitorang.
Sampai sana kitorang berkeliaran tak tentu hala dulu. Pergi cuci mata tengok baju. Aku lah yg cuci mata. Yg 2 orang tu cuci tangan terus, shopping. I shopping kat Watsons je. Huhu T.T
Then kitorang menuju ke tempat yg sepatutnya iaitu Secret Recipe. Bila kitorang nak order air, there’s a little chat with this ‘good looking boy’ waiter when I requested for an Iced Green Tea. One thing yg buat aku terkejut is bila waiter yg good looking(I mean it ok) tu tanya:
Waiter: Pernah minum ke green tea ni? Tau ke green tea ni rasa camne?
 Aku: Pernah. Rasa dia macam pahit-pahit sikit kan. Kenapa?
Waiter: Takdela, kebanyakan mereka yg order Iced Green Tea ni minum tak habis. Sekali sedut pastu tinggal.
Aku: Oohh..
I was like..tolonglah tanya nombor handphone aku! Hehe, takdelah. I was just thinking that green tea isn’t that bad compared to original Chinese tea, herbs and so on. Maybe diorang takleh terima minuman yg tawar-tawar ni kot. Orang Malaysia kan suka manis-manis. Kan adik manis(gaya mamak).. Or maybe it was their first time. Aku masa mula-mula minum benda alah ni pun rasa pelik tahap alien jugak. Yela, sebab dia rasa macam kelat-kelat pastu tawar. Nasib baik la aku ni jenis yg tak suka manis-manis. So tekak aku relax sambil tersenyum jela telan air berkhasiat tu. First time lidah aku berkenalan dengan green tea ni masa kat asasi dulu. Kalau tak silap la. Green tea yg dalam uncang tu. Masa tu dengan sesuka usus aku letak gula sikit kat dalam air green tea ni sebab tak rasa pape kan. Pastu bila dah lama-lama, dah selalu minum sampai habiskan sekotak uncang green tea tu langsung dah tak rasa pelik dah minum green tea tanpa gula. Kadang-kadang minum teh yg biasa ni pun tak letak gula. Tapi bagus jugak pelayan tanya macam tu bila customer nak order benda pelik-pelik ni. At least takdelah membazir. Nanti customer membazir, tauke yg rugi.huhu..
 
yg nampak meriah tu Turkish Indulgence. sedap jugak sebab ada pistachio nuts, marshmalllow, blackforest jelly and choc.
 

me and mida. sementara tunggu air sampai sebelum mencekik, snap2 dulu

me and umi pulak. masih sabar menunggu

my lovely nurses.hik3

last sekali haruslah ada gambar tiga sekawan ^_^
 
Huh! Semangat bebenor story pasal air yg tak rasa pape nih. dah kenapa~ So apa conclusion bebelan aku ni ek? Hhmmm.. Actually that little chat with the waiter reminds me of how I tasted the green tea for the first time. Tu je yg aku fikir sebenarnya. Hidup ni kan penuh dengan kenangan(konon).. Ok, till then, Wasalam.
 
p/s:gambar ehsan dari FB mida dan umi, credit to hdphone mida. my Mr. Sony sakit buat sementara waktu.so xleh nak selca sgt :(

Saturday, April 6, 2013

Pengat Labu

Assalamualaikum...
 
Petang tadi aku ada buat pengat labu. Then kawan aku cakap tak pernah tengok pengat labu. Kat KL memang diorang tak buat pengat labu ke? Atau memang ada tapi tak pernah jumpa? Yela pengat-pengat ni kan makanan warisan Melayu turun temurun. Dari kampung lagi tau. Sedangkan 'lompat tikam' pun ada kat KL. Kali ni nak share resepi yg senang tu lah. Senang dan sedap! Aku rasa pengat labu lah paling sedap antara pengat-pengat lain yg wujud.
 
Bahan-bahan:
Setengah biji labu(saiz besar) dibuang kulit dan potong dadu
1 plastik kecil santan pekat(aku guna dalam plastik sebab aku beli santan segar yg baru dimesin yg jual kat pasar tu)
2 ketul manisan
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
 
Kalau la buah labu ni boleh dimakan mentah2. nampak pun dah sedap!
 
Manisan/gula melaka.lagi sedap guna benda ni dari gula biasa.
 
 
Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan manisan dan kacau sampai manisan hancur (kalau pekat sangat tambah air)
3. Masukkan daun pandan dan secubit garam
4. Bila dah mendidih masukkan labu.
5. Tutup periuk dan biarkan sampai labu masak/empuk
 
 Dah siap!

 Sedap dimakan begitu sahaja @ dengan roti. Mabeles!


Entah apa-apa lah aku ni duk post resepi kat blog malam-malam buta. Buang tebiat betul. Siapalah nak masak pengat time-time nak tidur nih. Haiyaa! Takpelah, mood rajin dah datang kann... Selamat mencuba. Till then, Wasalam.




p/s: nak tanam pokok labu banyak2. nanti boleh jadi pumpkin carriage mcm dalam cerita Cinderella. haha!


 
 
 
 
 
 

Monday, April 1, 2013

Creamy Chocolate Ice Blended

Assalamualaikum...
 
Harini nak share resepi yg senang tahap takley blah ke mana sahaja. Si Mida la ni yg suruh share sebab nampak aku post kat FB semalam. Buat malu aku je nak share resepi kanak-kanak nih. Tapi takpelah, sharing is caring kan..
 
Bahan-bahan:
2-3 sudu besar serbuk milo
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis
4-5 ketul ais
Sedikit air sejuk(sejuk dari peti ais tau!)
 
Topping:
Whipped cream (aku guna yg Pesan Breton fresh dairy whipping cream)
Cip coklat (kalau takde cip coklat, guna cip komputer. Eh tak2! Gunalah chocolate rise ke, kekacang ke, ikut suka kreativiti hangpa lah)
 
Cara-cara:
1. Humban semua bahan-bahan iaitu milo, serbuk koko, susu pekat manis, ais dah air ke dalam pengisar(blender) dan kisar sampai haluuuusssss(stail Harith Iskander).
*Air tu agak-agak je. Jangan cair sangat sebab dah ada ais dalam tu(dah namanya pun ice blended). Lama-lama dia akan cair meleleh jugak.
2. Masukkan dalam gelas(tapi aku letak dalam mug je) dan hiaskan dengan whipped cream secantik yg boleh dan taburkan cip coklat.
3. Sedia untuk dinikmati.
 
 
My homemade creamy chocolate ice blended!
Don't judge the taste by its look! Main hentam je letak cream tu.huhu 
 
 
Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
p/s: seney mesek jah Mida weh. xsoh duk wat xreti lah. ngado sungguh!