Saturday, April 6, 2013

Pengat Labu

Assalamualaikum...
 
Petang tadi aku ada buat pengat labu. Then kawan aku cakap tak pernah tengok pengat labu. Kat KL memang diorang tak buat pengat labu ke? Atau memang ada tapi tak pernah jumpa? Yela pengat-pengat ni kan makanan warisan Melayu turun temurun. Dari kampung lagi tau. Sedangkan 'lompat tikam' pun ada kat KL. Kali ni nak share resepi yg senang tu lah. Senang dan sedap! Aku rasa pengat labu lah paling sedap antara pengat-pengat lain yg wujud.
 
Bahan-bahan:
Setengah biji labu(saiz besar) dibuang kulit dan potong dadu
1 plastik kecil santan pekat(aku guna dalam plastik sebab aku beli santan segar yg baru dimesin yg jual kat pasar tu)
2 ketul manisan
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
 
Kalau la buah labu ni boleh dimakan mentah2. nampak pun dah sedap!
 
Manisan/gula melaka.lagi sedap guna benda ni dari gula biasa.
 
 
Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan manisan dan kacau sampai manisan hancur (kalau pekat sangat tambah air)
3. Masukkan daun pandan dan secubit garam
4. Bila dah mendidih masukkan labu.
5. Tutup periuk dan biarkan sampai labu masak/empuk
 
 Dah siap!

 Sedap dimakan begitu sahaja @ dengan roti. Mabeles!


Entah apa-apa lah aku ni duk post resepi kat blog malam-malam buta. Buang tebiat betul. Siapalah nak masak pengat time-time nak tidur nih. Haiyaa! Takpelah, mood rajin dah datang kann... Selamat mencuba. Till then, Wasalam.




p/s: nak tanam pokok labu banyak2. nanti boleh jadi pumpkin carriage mcm dalam cerita Cinderella. haha!


 
 
 
 
 
 

0 comments: