Assalamualaikum...
Entry aku kali ni lebih berilmu dan bermanfaat sikit(banyak lah!) dari entry-entry sebelum ni. Tapi tengok pada tajuk macam kejam dan tak masuk di akal fikiran kan. Apa kejadahnya lah nak telan-telan stres ni. Kalau telan aiskrim takpe jugak. Ok, 'telan' aiskrim di situ.. Actually tadi aku baca surat khabar Harian Metro edisi hari ini ok, 4hb April 2013. Bukan surat khabar lama zaman jakpar tonggek tau. Huh, rajin pulak aku mentelaah surat khabar malam-malam buta ni. It's about stress! Yela, skang ni kan penyakit 'stres' atau dalam perkataan lainnya 'tertekan' tak dapat dipisahkan lagi dengan kehidupan seseorang. Every day, there's something that makes you stress kan? Tak dapat keluar gi mana-mana stres, kucing kebas ayam goreng stres, tak dapat cabut rambut gatal sehelai stres, line internet lembab bak siput sedut tengah nazak lagilah stres wei! Ok back to the topic please! So aku nak share some important infos(take note, IMPORTANT ok) tentang stres dimana 100% copy paste from that article.
Sebelum tu kena tahu definisi 'stres' dulu. Stres merujuk kepada tindak balas fizikal, emosi, dan mental kepada perubahan. Manusia secara amnya memerlukan sedikit stres untuk menjalani hidup secara lebih berkesan.
Perkara yg mungkin menyebabkan stres:
- seseorang memungkiri janji
- masalah dengan komputer
- tidak siap kerja
- tidak boleh tidur
- menggunting rambut tetapi dapat gaya yg tidak diingini
- sebelum adakan persembahan
- sesi temuduga untuk memohon kerja
- kematian(ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
- pertengkaran atau konflik dengan rakan
- kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
- prestasi kerja buruk
- tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
- rasa dipinggirkan
- harta benda dicuri
- menghadiri kelas yg membosankan
- putus cinta
- kereta, motosikal rosak atau tayar pancit
- kesukaran mencari parkir
- lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
- terperangkap dalam kesesakan jalan raya
Apa yg harus dilakukan apabila marah:
- menyedari yg anda sedang marah, katakan: "Saya sedang marah"
- bertenang, kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
- kenal pasti kenapa anda marah
- cuba dengar penjelasan orang lain
- jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
- beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
- berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
- biasakan diri memaafkan atau menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Walaupun sering dikaitkan dengan sesuatu negatif, stres kadang kala boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yg terbaik. Kebanyakan individu yg mudah mengalami stres memerlukan mereka yg bermotivai tinggi sebagai pasangan untuk mengekalkan tugas atau menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur. Yela, stres ni ada pros and cons jugak kan. Yg tak elok tu kita cuba perbaiki, yg elok tu kita jadikan sebagai motivasi diri.
Sekian sahaja ilmu pengetahuan untuk hari ni ye adik-adik. Kalau ada ilmu pengetahuan yg lain yg lebih berguna lagi terpakai, akak share lagi ye. Till then, Wasalam.
p/s: blogging sambil makan jagung rebus pasar malam pun boleh mengurangkan stres yg disebabkan oleh line siput sedut ni ye.


2 comments:
rasa dipinggirkan memang membuatkan nina stress. huuuu
alala ciannya.nia pun penah camtu. xpe, anggap je stres tu ujian :)
Post a Comment