Assalamualaikum...
Haa..semalam dah bagi ilmu pasal 'stres'. Hari ni punya entry adalah kesinambungan 'stres' pula. Eh, ada sambungan ke? Kau ingat ni cerita Samarinda nak sambung-sambung. Sebenarnya harini nak cakap pasal air mata. Jap, semalam pasal stres, hari ni pasal air mata. Ape ke sadis bebenor entry-entry aku nih???! Apa-apa pun info yg bermanfaat lagi bertauliah ni aku copy paste dari surat khabar jugak ok. Harian Metro edisi hari ni, 5 April 2013, ruangan 'Gen-Y' muka surat V8-V9. Hah, hambik kau aku bagi details. Selain dari nak menambahkan bilangan 'post' aku yg tak berapa(bukan tak berapa, tapi memang tak!) membanggakan ni, aku rasa info ni sangat berguna untuk dikongsi. Sharing is caring, caring is loving kan..hehe. Ilmu yg aku nak share kali ni adalah kelebihan selepas menangis. Ingat menangis tu sesuatu yg teruk ke? Sila baca dan fahami dengan penuh makna ok.
Kelebihan selepas menangis:
- Membantu penglihatan. Air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yg boleh membuatkan penglihatan manusia kabur.
- Meningkatkan mood. Seseorang yg menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yg lebih baik.
- Mengeluarkan racun. Ahli biokimia, William Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yg keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. Tetapi keluarnya air mata yg beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.
- Mengurangkan tekanan perasaan. Air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yg disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.
- Mengeratkan hubungan silaturahim. Selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yg menjadi pendengar setia.
- Melegakan perasaan. Semua orang akan lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.
Selama ni aku ingat menangis ni boleh menjejaskan mata, contohnya boleh buat mata buta ke apa, rupa-rupanya makin membantu. Tapi kalau nak menangis tu biarlah bertempat. Jangan nanti takde ribut takde apa tetibe menangis macam budak sekolah hilang pemadam harga 20sen. Buat malu anak kucing je. Menangislah dalam kegembiraan ye adik-adik. Ok lah, that's all for tonight. Nanti akak cari lagi modal-modal berguna lagi bertauliah untuk dikongsi ye. Till then, Wasalam.
p/s: membaca menambahkan ilmu pengetahuan dan lebih afdal kalau kita kongsi ilmu yg berguna tu


0 comments:
Post a Comment