Showing posts with label blog editing. Show all posts
Showing posts with label blog editing. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Finally, a New Look for my Blog!

Assalamualaikum...

Finally, I finished editing my blog already! Takdelah segempak dan cantik kebaboom mana pun tapi so far aku puas hati dengan color dan sistemnya. Sistem???? I mean boleh adjust la design text dia semua.. Previous template yg aku suka tu kan takleh adjust benda-benda alah ni. Kecik hati tau dengan template tu! Tapi berkat kesabaran dan ketekunan aku meng'google' dan menelaah template sampai nak terkeluar biji mata, akhirnya aku berpuas hati dengan template yg aku guna sekarang ni. Sangat simple dan suka dengan tone color ni(ala-ala purple mix grey gitu~) walaupun takde color feveret.huhu.. Well, tak semua yg kita suka kita akan dapat kan. Kadang-kadang kita akan dapat yg lebih baik dari apa yg kita suka. Giiitttuuu~
 
Buat header sendiri sbb header yg tersedia ada tidak menepati citarasa mata I.muahaha!
 
So sekarang boleh abaikan blog dengan tenang. Abaikan??? Yela, if one day aku dah takde masa langsung nak jenguk blog aku ni(macam perangai aku 3-4 tahun lepas tu), at least aku tinggalkan blog aku dalam keadaan cantik dan tersusun. Got it? Ok, tu jelah nak share. Perasaan bila blog dah cantik(konon....). Till then, Wasalam.
 
 
 
p/s: kalau blh taknak dah tukar template. tak larat menghadap ciptaan-ciptaan comel tersebut dan mengedit tahap nak pecah otak.

Saturday, May 11, 2013

A failure

Assalamualaikum...

Ye ye, saya tahu rupa blog saya agak buruk sekarang. Why???? Sebab aku tergedik-gedik nak cantikkan blog, last-last inilah hasilnya. Wait! This is not the final result yet! This is just half of my editing. You know why it just half? Because I am totally failed in editing blog and I don’t know what to do. Damn! Last last aku tinggalkan je serabut serabai macam tu. Aku suka template ni sebab dia(dia???) warna feveret aku..hijau..dan simple..
Tapi maksalahnya tak  boleh dan tak reti nak edit part advance apekebenda tah benda alah tu. Yang nak edit-edit font sume tu lah. Template ni tak boleh edit font. Kecewa bangat deh. Ke aku yg tak tahu macam mana nak edit? Sedih bebenor nasib aku nih. Dahlah nak cari template yg betul-betul berkenan memerlukan kesabaran tahap langit ke-7. Semua cantik, semua berkenan! Menghadap laptop hampir 5 jam semata-mata  nak survey benda alah nih. Ok tipu je.. 5 jam tu termasuk edit-edit sume k.. Tapi 5 jam rasa macam 5 minit je bila tengok ciptaan-ciptaan comel tersebut. Ok, nampak sangat aku takde aktiviti berpaedah hujung2 minggu ni.
Tulisan kocik jor.tak dapet makcik nak baco blog ekau ni haa!
*Btw nama template yg mcm tikar getah ni 'Tehhijau'(teh hijau la sgt)
 
Kalau lah ada orang yg boleh tolong cantikkan blog aku. Nak jugak ada blog cantik macam blog Irine Nadia Marcello, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, The Life of Mansor’s Twin, Fatin Liyana, Cik Epal dan seangkatan dengannya.. Cantik dan sangat mengujakan tau blog-blog diorang. Tengok berjuta-juta kali pun tak bosan. Tapi apakan daya, aku harus menyedarkan diri aku yg aku bukanlah blogger tegar. Muahahaha! Entry baru sekerat dua, itupun setahun sekali update, ada hati mengidam blog macam diorang. Ceh! Sesungguhnya aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang blogger.huhu..
Blogroll? Blogger Templates? Blogger News? Apakah???!
 
Tapi walau macam mana pun akan ku gigih berusaha mencantikkan blog aku sepuas hati yg mungkin. Walaupun tidak segempak blog-blog kegemaranku itu, asalkan puas hati. Sementara banyak masa terluang ni kan..baik aku puaskan hati. Muahaha!
Ok bye. Till then, Wasalam.
 
p/s: dlm previous entry aku ada mentioned akan tukar template lagi kan. so this is the time. haha!