Tuesday, September 3, 2013

The Flower Girls on Independent's Day

Assalamualaikum...

Untuk pertama  kalinya aku jadi ‘flower girl’ untuk majlis kahwin kawan. Konon! Last Saturday on 31 August 2013, Hari Merdeka, kawan sekolah rendah aku buat kenduri kahwin. So dia mintak kitorang(aku, wani dan mida) dan mereka-mereka yg terpilih tu pakai baju kelabu sebab temanya kelabu+merah/pink. Ada sesi photo shoot kat pantai katanya.
Secara tak dirancang Wani bawak Ijat sebagai personal photographer kitorang kot-kot sesi photo shoot dengan pengantin tu tak jadi kan. Ijat ni kawan dari sekolah rendah jugak dan dia ambil course Photography. And lucky we had our own photographer sebab memang tak jadi pun nak pergi pantai ber’photoshoot’ dengan pengantin. So petang tu lepas bergambar dengan pengantin semua, kitorang(aku, mida, wani, fahin dan ijat) terus plan pergi ke pantai. Konon-konon nak ber’photoshoot’ kat sana la kan since bergambar dengan pengantin tak jadi. Semua pun dah pakai cantik-cantik time tu so apa lagi. Hihihi! Jangan harap la aku nak pakai cantik-cantik dengan make-up 16 inci kalau takde event. Ok, malas nak story pasal keadaan wedding tu. Tengok jelah beberapa gambar kitorang yg Ijat the photographer ni snapped ok. This time kitorang langsung tak guna kamera dari handphone masing-masing. 100% from the photographer. Kamera handphone pun guna handphone Ijat. Memang betul-betul tukang ambik gambar lah kau Ijat.
Menunggu pengantin perempuan siap diandam

Kami antara yg terawal.hihi


Tunggu pengantin masuk


Selamat Pengantin Baru Shafia dan suami. Semoga bahagia sampai akhir hayat.

From left: Yana, Wani, me, Fahin, Mida, Ijat

Peace-gwiyomi-peace-gwiyomi. Aku pose bantal pelamin je!

Suka gambar ni sebab background cantik sangat! nampak whole set of pelamin
 

Melepak je keje

Yg pegang kamera tulah photographer kami, Ijat

Pasangan baju purple tu merak dua sejoli. yg lelaki tu member sekolah kitorang, Ikram with his wife. aaww! terjumpa masa kitorang nak balik dr kenduri dah

We all naik kuda you~~

Kuda ku lari gagah berani~~kuda ni jalan romantik je
 

Kami dah nak balik dah(konon)
 
 
So far ok la gambar-gambar yg Ijat snap and edit. Maybe because I've seen some better photos from other photographer before this. Takpe, lama-lama nanti confirm jadi professional. Kitorang merdeka sakan haritu. Maklumlah Hari Merdeka 31 Ogos. Ok lah, till then, Wasalam.
 
 

1 comments:

NinaAz said...

Menariknya kuda tuuu. Hehee