Tuesday, August 13, 2013

Raya yang Penuh Emosi


Assalamualaikum…
Hey y’all readers and bloggers. First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya sebulan kan. So sangat relevant untuk aku ucap selamat hari raya lagi.Hikhikhik. Dah lama tak update blog ni. Sejak bulan puasa kot. Padahal selalu je buka blog tapi buka untuk baca entry orang jela. Walaupun banyak benda yg terjadi dan nak story dalam blog ni. Tapi bila dah terkusyuk skodeng blog-blog orang lain 2-3 jam, terus aku lupa yg aku ada blog. Boleh camtu? Hahaha! Harini mood rajin datang bertemankan semangat dan arahan yg diberi oleh sahabat karibku Umi (pergh, skema giler ayat) untuk meng’update’ blog.
 
Nak story pasal apa ek? Banyak sangat benda yg ada dalam benak kepala ni. Emm..nak story semua karang ada jugak yg tak tido 4 hari 4 malam. Aku cerita apa yg menarik dalam kepala aku jela ek.
 
Well, raya aku tahun ni tak segempak tahun-tahun lepas. Why? Sebab aku beraya di hospital. Tapi bukan aku yg masuk hospital tapi kakak aku bersalin. Due dia 8hb hangpa tau. Dan 8hb tu kan hari raya. Tapi dia ‘check-in’ ward awal sebelum 8hb tu. Dia bersalin 10hb, raya ke-3 dan dapat baby boy. Kakak bersalin through operation so agak lama la stay hospital berbanding yg bersalin normal tu kan. Memang tak beraya sangat lah aku duk ulang alik dan stay hospital jaga kakak. Memandangkan aku satu-satunya adik perempuan beliau, haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Ye dok? Huhu.. Even preparation for raya has been made in last minutes. Almaklumlah aku je perempuan kat rumah selain mak aku. So everything related to house works was depended on me. Kuih raya pun sempat buat empat jenis je. Sebab selalunya kakak datang tolong buat kuih raya dengan aku, tapi since dia dah sarat, terpaksalah aku ‘struggle’ sorang-sorang menghadap encik tepung dan rakan-rakan.
 
Nak beraya dengan sahabat handai serta rakan taulan pun tak kesampaian. Dahlah ramai kawan-kawan lama yg jemput ‘open house’ dan kenduri raya tahun ni. Waaaa! Nangis berbaldi-baldi tak dapat join! :’( Tapi di sebalik kesedihan tu, aku happy sebab dapat anak buah. Yay! Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan, dan begitulah sebaliknya kan. Barulah adil.hehehe! Walaupun penat ulang alik dan teman kakak kat hospital, tapi aku happy sebab bila lagi nak berkorban untuk satu-satunya kakak yg aku ada kan.huhu(emosi kejap). Aku kena stay sebab lelaki tak dibenarkan tunggu @ teman  pesakit kat hospital tu. So abang ipar aku dapat datang jenguk kejap-kejap dan hantar makanan macam tu jelah. Pastu selebihnya aku dengan adik perempuan dia la yg jaga kakak. Tapi adik abang ipar aku tu pun dah kahwin dan ada anak kecik, so malam memang turn aku lah kan. Adik mithali sangat tau!
 
Panjang pulak aku membebel. Kalau boleh aku nak cerita lagi tapi takpelah.haha! Cerita sikit-sikit dahlah ye. Bukan ada yg baca pun . By the way, kakak dan baby dah keluar hospital petang semalam dan balik rumah mertua dia. Malam semalam aku dengan family aku pergi jenguk diorang. Dari haritu lagi excited nak tengok baby. Ingatkan dapat tengok kat hospital rupanya tak dapat. Sebab tengok orang lain masing-masing dah ada baby kat sebelah diorang. Kakak aku je yg terbongkang sorang-sorang.huhu.. Baby kena kurung sebab kes kakak aku bersalin bedah. Macam tu ek kes bersalin operate? Baby dengan ibu takleh duk sekali? Sedihnya T.T  Tapi semalam dah tengok so dah puas hati. Ok dah! Kang aku cerita pasal baby pulak kang 3-4 jam tak habis. Till then, Wasalam.
 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

 
 
p/s: jari jemari gatal nak menaip lagi dan otak meluahkan banyak idea. sabar! next time ye :)
 
 

0 comments: