Monday, February 25, 2013

Puding Roti ku

Assalamualaikum...
 
Dah lama tak update blog. What???? Sejak bila pulak aku ni rajin meng'update' blog. Ushar blog2 orang lain tu rajinlah. Bukan rajin,wajib! Aku tak tahu nak membebel apa kalau bukak blog dashboard pun. Tapi harini sempena hujan tak henti2 sejak pagi(ada kaitan ke?) aku bertekad untuk menaip sebuah entry yg bertajuk "Puding Rotiku". Ya, itu jelah yg aku nak update harini. Puding roti yg aku buat 2 hari lepas.haha! Dahlah blog jarang2 update, pemalas, pastu tetibe nak update pasal puding roti yg budak tadika tak cukup umur pun boleh buat. Kalau ada orang yg baca blog aku ni mesti gelakkan aku terguling-guling. Hello, suka hati I lah. Janji aku bahagia dengan puding rotiku(tetibe). Nah resepi puding roti ku!
 
Bahan-bahan:
8 keping roti(buang kulit) *taknak buang kulit pun takpe
80 gm mentega
3 biji telur
3 cawan susu segar
50 gm gula
Sedikit cip coklat(untuk hiasan)
 
Cara-cara:
1. Campakkan mentega, telur, susu segar dan gula ke dalam mangkuk dan bancuhkan sampai sebati.
2. Carik2 kan roti dan susun dalam bekas aluminium @ dulang pembakar(dulang?).
3. Masukkan bancuhan yg telah dibuat ke dalam bekas aluminium berisi roti yg telah dicarik tadi.
4. Biarkan seketika supaya roti meresap bancuhan tersebut dan taburkan cip coklat ke atasnya.
5. Bakar dalam ketuhar dalam 190 C selama 30 minit(bergantung kepada keadaan puding dan jenis ketuhar masing2).

Sebelum bakar nilah rupanya. Sejuk mata memandang.huhu..


Tadaaaa! Selepas kena bakar, nilah rupanya. Menggiurkan.huahaha!
 
Sekian sahaja entry yg mampu saya buat masa ni. Musim2 hujan ni takde idea nak bebel. Otak beku. Jika ada kelapangan berserta kerajinan bertemankan idea2 bernas, akan ku singgah lagi untuk membebel. Till then, Wasalam :)
 
 
p/s: I do love cooking.