Wednesday, May 22, 2013

"20 Aktiviti Rawat Emosi"

Assalamualaikum...
 
Lately aku rasa stress dan sedih sangat-sangat. Personal problem tahap nak pecah otak. Benda yg aku rasa tak patut stress pun aku stress jugak. Hhmm..maybe sebab hormon kot.huahaha! Tengah sedih-sedih tetibe ternampak artikel yg bertajuk "20 Aktiviti Rawat Emosi" dalam Harian Metro(edisi harini ok). Ye memang..aku ni sedih ke, gembira ke, marah ke, suratkhabar tetap akanku belek kalau dah ada depan mata. Kalau takde suratkhabar tu memang aku duk mendongak tengok awan yg terpilu jelah jawabnya. So belek punya belek ternampak pulak artikel ni. Takdir sangat tau tajuk artikel ni dengan jiwa aku yg tengah bergelora bak Laut Cina Selatan ni. So alang-alang aku dah baca, why not I share those infos with you kan. Ada 20 cara kita merawat emosi. Aku rasa banyak lagi sebenarnya tapi ikut artikel ni 20 je. Aku list kan point dia jelah ek. Malas nak taip huraian dia yg berjela tu.huhu..
 
20 aktiviti mudah yang mampu jadikan wanita gembira dan membaiki emosi:
  1. Menonton filem
  2. Hantar e-mel yang baik(kepada kawan-kawan lama)
  3. Hubungi ibu anda
  4. Bau kelapa (aku tak faham kenapa bau kelapa dikatakan sangat menenangkan)
  5. Melihat gambar percutian lama
  6. Merancang percutian
  7. Buat biskut dan berkongsi dangan orang lain
  8. Menjadi aktif
  9. Menari
  10. Kemaskan sekeliling dan jadikannya lebih teratur
  11. Ambil cuti sehari
  12. Mencabar akal
  13. Mempelajari perkara baru
  14. Menetapkan matlamat fizikal
  15. Tonton rancangan komedi
  16. Wujudkan 'malam spa'
  17. Manjakan diri
  18. Tukar gaya
  19. Membantu orang lain
  20. Bersyukur
So itulah antara aktiviti-aktiviti yg dapat merawat emosi kita. Aku rasa ada satu lagi aktiviti yg patut dia letak which is shopping. Perempuan kan suka bab-bab shopping atau window shopping ni.hehe.. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti tu, aktiviti nombor 15 tulah yg paling mujarab pada aku -tonton rancangan komedi(kalau aku tak keluar la). Yes, it does really works for me. Tiap kali aku sedih atau stress, aku akan tengok cerita-cerita yg kelakar tahap nak tercabut urat saraf dalam otak aku ni. Mostly aku tengok Jozan. Serious hilang tension aku tengok gelagat diorang.

Basically artikel ni ditulis khusus untuk para isteri but hey! wanita single macam I ni pun stress dan beremosi ok.. So it's for all women actually. Ok, that's all for now. Till then, Wasalam.


p/s: esok nak keluar dgn my GFs nak rawat emosi.

0 comments: