Sunday, September 8, 2013

Cheesekut Cake Orang Demam

Assalamualaikum...
 
Dua hari lepas aku ada buat cheesekut cake. Ala..resepi yg tengah hot yg ramai blogger kongsi tulah. Aku pun apa lagi, nak try buat la jugak kan. Dahlah aku ni penggemar tegar cheese. Cis! Disebabkan aku tengah demam, maka selera pun mengalahkan ibu mengandung. Bukan main lagi tekak aku meronta-ronta nak makan cheesekut cake tengah-tengah demam nih. Actually ni kali kedua aku buat cheesekut. First time buat masa raya haritu. Tapi masa raya hari tu aku buat version biskut marrie punya. This time aku buat versi original guna biskut Hup Seng Deluxe Original. Dapat rasa perbezaan yg teramat antara cik Hup Seng dan cik Marrie. Cik marrie ada rasa macam tiramisu sikit.
Asalnya aku tengok resepi ni dari blog Cik Epal. Pastu tertengok kat Facebook Yuyu Zulaikha pulak, yg versi biskut marrie. Pastu google punya google, eh banyak pulak resepi cheesekut nih. Ada yg perisa strawberi lah, letak nestum lah. Macam-macam. Tapi aku buat yg paling senang. Lagipun aku buat ikut suka jari jemari aku je. Aku memang suka main hentam je bab masak-memasak nih. Tak ikut sukatan pun takpe janji anak tekak aku kata sedap. Boleh camtu?
Bahan-bahan:
Seketul(huh? Seketul) Keju krim/ Cream cheese
Biskut Hup Seng Deluxe Original
Susu pekat
Susu segar
Kiwi-untuk hiasan. Hias dengan benda lain pun boleh
Cara-cara:
1.       Pukul cream cheese sampai kembang.
2.       Masukkan susu pekat dan susu segar, kemudian pukul lagi. Susu pekat tu agak-agak je. Kalau suka manis letak banyak, kalau tak suka manis letak sikit. Pandai-pandailah rasa ye. Susu segar tu pun letak agak-agak jugak. Jangan sampai adunan cream cheese tu cair sangat (aku punya semua agak-agak.agak-agak aku nak kena tampar tak?).
3.       Lapikkan Loyang atau ‘tupperware’ dengan plastic.
4.       Celupkan biskut dalam susu segar dan susun cantik-cantik di dalam Loyang.
5.       Lapiskan dengan adunan cream cheese tadi. Pastu letak biskut yg dicelup dengan susu segar balik dan letak cream cheese dan ulang sampai adunan cream cheese habis.
6.       Sebagai topping, sapu adunan cream cheese dan hiaskan sesuka hati. Aku guna buah kiwi je. Cheesekut orang demam ni memang kena letak vitamin C.haha
7.       Tutup Loyang atau ‘tupperware dengan plastic atau penutup dan biarkan sekurang-kurangnya 4-5 jam. Kalau nak cepat letak kat tempat sejuk beku tu dulu sekejap, pastu baru pindahkan kat tempat biasa(dalam peti sejuk)
Cheesekut cake versi orang demam-ada buah

Oh my favourite!
 
Selamat mencuba. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 

 

Tuesday, September 3, 2013

The Flower Girls on Independent's Day

Assalamualaikum...

Untuk pertama  kalinya aku jadi ‘flower girl’ untuk majlis kahwin kawan. Konon! Last Saturday on 31 August 2013, Hari Merdeka, kawan sekolah rendah aku buat kenduri kahwin. So dia mintak kitorang(aku, wani dan mida) dan mereka-mereka yg terpilih tu pakai baju kelabu sebab temanya kelabu+merah/pink. Ada sesi photo shoot kat pantai katanya.
Secara tak dirancang Wani bawak Ijat sebagai personal photographer kitorang kot-kot sesi photo shoot dengan pengantin tu tak jadi kan. Ijat ni kawan dari sekolah rendah jugak dan dia ambil course Photography. And lucky we had our own photographer sebab memang tak jadi pun nak pergi pantai ber’photoshoot’ dengan pengantin. So petang tu lepas bergambar dengan pengantin semua, kitorang(aku, mida, wani, fahin dan ijat) terus plan pergi ke pantai. Konon-konon nak ber’photoshoot’ kat sana la kan since bergambar dengan pengantin tak jadi. Semua pun dah pakai cantik-cantik time tu so apa lagi. Hihihi! Jangan harap la aku nak pakai cantik-cantik dengan make-up 16 inci kalau takde event. Ok, malas nak story pasal keadaan wedding tu. Tengok jelah beberapa gambar kitorang yg Ijat the photographer ni snapped ok. This time kitorang langsung tak guna kamera dari handphone masing-masing. 100% from the photographer. Kamera handphone pun guna handphone Ijat. Memang betul-betul tukang ambik gambar lah kau Ijat.
Menunggu pengantin perempuan siap diandam

Kami antara yg terawal.hihi


Tunggu pengantin masuk


Selamat Pengantin Baru Shafia dan suami. Semoga bahagia sampai akhir hayat.

From left: Yana, Wani, me, Fahin, Mida, Ijat

Peace-gwiyomi-peace-gwiyomi. Aku pose bantal pelamin je!

Suka gambar ni sebab background cantik sangat! nampak whole set of pelamin
 

Melepak je keje

Yg pegang kamera tulah photographer kami, Ijat

Pasangan baju purple tu merak dua sejoli. yg lelaki tu member sekolah kitorang, Ikram with his wife. aaww! terjumpa masa kitorang nak balik dr kenduri dah

We all naik kuda you~~

Kuda ku lari gagah berani~~kuda ni jalan romantik je
 

Kami dah nak balik dah(konon)
 
 
So far ok la gambar-gambar yg Ijat snap and edit. Maybe because I've seen some better photos from other photographer before this. Takpe, lama-lama nanti confirm jadi professional. Kitorang merdeka sakan haritu. Maklumlah Hari Merdeka 31 Ogos. Ok lah, till then, Wasalam.