Tuesday, June 4, 2013

Puding Caramel

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak share resepi. What???! Macam aku ni bagus sangat bab masak memasak ni. Ouh well...haha. Ok, tadi aku ada buat puding caramel. Ye! Puding caramel je! Sebab puding caramel adalah salah satu dessert yg paling senang nak buat. Sekelip mata je. Bahan-bahan dia pun simple je. Aku ikut resepi ni dari blog jugak kalau tak silap tapi lupa blog apa sebab dah lama(aku tulis kat kertas resepi ni).

Bahan-bahan untuk gula hangus:
1 cawan gula (dah namanya gula hangus mestilah kena ada gula)
1 cawan air panas (aku guna tak sampai secawan pun)

Bahan-bahan untuk puding:
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Atas api yg kecil, masak gula sampai cair agak keperangan, pastu masukkan air panas sedikit demi sedikit. (hati-hati masa masukkan air sebab gula hangus tu akan terpercik)
2. Masukkan ke dalam bekas. Ketepikan.
3. Kisar telur sampai halus. Kemudian masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanila. Kisar lagi sekejap.
4. Masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi ke dalam bekas yg dah diisi dengan gula hangus.
5. Kukus sampai masak(dalam setengah jam camtu kot).

jangan pertikaikan rupa pudingku! masuk perut sendiri je pun.

 

jemput makan :)
 
Tips:
1. Masa masak gula tu pastikan gula tidak terlalu hangus dan gelap. nanti pahit!
2. Pastikan gula hangus tak terjejas bila masukkan bahan-bahan yg dikisar tu ke atas gula hangus. maksudnya biar berlapis dan tak bercampur. Kalau tak, bukan resepi akulah namanya! (padahal resepi orang jugak aku cilok)
 
Selamat mencuba. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 

Monday, June 3, 2013

Say 'NO' to 'Pisau Cukur'!

Assalamualaikum...

Wahh! Warning sangat tajuk entry aku kali ni. Tapi aku bukan nak cerita pasal pisau cukur Schick, Gillette, Veet dan seumpamanya yg cukur rerambut dan bebulu tu ek. Yg tu tajam dan boleh mendatangkan luka. Ouchh! 'Pisau cukur' yg aku nak story ni ada kena mengena dengan ceritera cinta je. Gituu~ Walaupun entry aku ni tak segempak filem 'Pisau Cukur' yg ada Maya Karin dan Nur Fazura tu, tapi aku rasa info-info ni lagi berguna dan bermanfaat dalam kehidupan seharian nak-nak zaman serba maju ni. Semua benda nak guna duit. Haish..ok, apa aku merepek ni?
 
Actually aku nak share beberapa langkah atau cara untuk elak diri dari jadi mangsa spesies yg entah hape-hape nih. Dulu perempuan je yg terkenal dengan gelaran 'Pisau cukur' kan? Tapi sekarang kaum lelaki pun mampu jadi 'pisau cukur' ok..Entah-entah lagi tajam dari kaum perempuan. Takleh jadi ni! Haha! Berikut adalah cara-cara untuk menjauhi si 'Pisau cukur': 
 
1. Buat muka kering
Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Perempuan juga jangan cepat tersentuh hati dengan wajah yg mereka tampilkan kerana lelaki dalam kategori ini mudah dan pandai dalam memujuk rayu.
 
2. Kenakan syarat ketika keluar
Berikan beberapa syarat kepada teman lelaki untuk keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada mereka dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yg mengajak keluar, biarkan teman lelaki yg mengeluarkan duit untuk berbelanja.
 
3. Jauhkan diri
Apabila terasa diri ditipu, cubalah belajar berjauhan daripadanya, mungkin ketika itu dia akan berasa perubahan pada diri anda. Lelaki dalam kategori ini juga tidak ikhlas dalam percintaan.
 
4. Beranikan diri katakan TIDAK
Jika teman lelaki ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan yg munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu mereka dan berani suarakan pendapat dan katakan TIDAK andai teman lelaki tidak putus-putus mengganggu urusan seharian kerana ingin meminjam wang.
 
5. Pura-pura tiada duit
Wanita juga harus bijak dalam berpura-pura, terutama kepada orang lelaki yg suka meminjam duit ini. Jika diri sering kali dipergunakan untuk meminta wang, cubalah untuk berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.
 
6. Putuskan hubungan
Jika nasihat juga tidak diterima dan tabiat itu masih berleluasa seperti malas bekerja dan hanya tahu meminta, putuskan saja hubungan dengan mereka, jangan buat diri sendiri terjerat dengan masalah teman lelaki sehingga diri terjebak dengan konflik itu. Mungkin ada yg lebih baik menanti anda di luar sana.
 
kikis jangan tak kikis.huahaha
 
 
So kalau rasa-rasa pasangan korang cuba nak 'kikis' korang, be careful ok! Never let them be! Baik gunakan duit tu untuk diri sendiri atau keluarga. Renung-renungkanlah. Till then, Wasalam.
 
 
 
p/s: bila kawin- what mine is mine, what yours is mine too! :P
source: Harian Metro

Tuesday, May 28, 2013

Kerana Helmet- Malang tak Berbau

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku type dalam perasaan trauma dan dalam keadaan sakit. Semalam aku terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kemalangan seorang diri bersama motor dan tiang api. Yee...bunyinya agak menggelikan hati tapi hakikatnya Tuhan saja yg tahu emosi aku masa tu. Dulu aku pernah jugak jatuh motor tapi masa tu dekat depan rumah ni je and under my brother's control. Kali ni aku accident sorang-sorang.
 
Kemalangan tu terjadi kat simpang nak masuk kawasan rumah aku, masa tu balik dari kedai. Aku dengan 'condifent'nya bagi signal nak masuk lorong tu tapi tak tahu kenapa tiba-tiba aku lost control masa nak pusing masuk lorong tu. Then terbabas dan terlanggar tiang yg kat tepi lorong lantas(huh,skemanya) terjatuh. Badan dengan kepala aku terhentak kat atas jalan tar tu. Masa terhentak tu dapat rasa dan bunyi kepala aku terhentak atas jalan tu. Ya Allah, Tuhan je yg tahu perasaan aku time tu. Nasib baik aku pakai helmet. Kalau tak mesti dah arwah, tak pun terburai kepala aku atas jalan tu.
 
Yg kelakarnya aku cepat-cepat bangun angkat motor tu. Masa tu takde orang pun sebab dekat lorong kan. Kalau ada orang mesti malu gila. Budak pempuan naik motor langgar tiang api! Hoi aku hentak kat tiang api jugak sape yg sound aku camtu! Allah bagi aku kekuatan untuk bangun, angkat balik motor tu dan menunggang macam biasa. I felt like a Supergirl that time. Pastu boleh pulak fikir pasal keadaan motor dari keadaan diri sendiri.huhu..
 
Orang kata malang tak berbau. Betul sangat-sangat dengan pepatah tu. Walau kita berhati-hati pun, bila Tuhan nak uji kita, Dia tetap datangkan bala pada kita. Sesungguhnya ujian Allah adalah tanda Dia ingat pada kita. Mungkin aku terlalu laju kot sampai tak dapat kawal tapi aku rasa aku dah bawak slow dah.  Hhmm..mungkin slow di mataku tapi laju di mata orang lain.huhu.. Apa pun lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Biarlah eksiden kali ni menjadi pengajaran dan amaran untuk aku.
 
Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab takde serious injuries. Cuma ada bruises dekat peha dan kaki, sebab hentakan kot. Pastu rasa sakit-sakit badan. Tapi yg paling penting kepalaku dilindungi helmet. Kepala adalah bahagian paling penting selepas jantung. Kalau tak pakai helmet tak tahulah keadaan aku macam mana. Kejadian tu berlaku dalam sekelip mata je. Bila aku ingat balik accident tu, aku rasa takut sangat-sangat tapi Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup lagi.
Till then, Wasalam.





p/s:topi keledar atau helmet sangat-sangat penting bila nak naik motor untuk melindungi kepala kita.

Saturday, May 25, 2013

"Setengah Mati Merindu"-Judika



mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain
mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
terus terang
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu
 
 

 
 
Lagu ni best sangat. Lirik dia pun sangat mendalam dan memberi makna. Sedih tau tiap kali dengar lagu ni. Lagu-lagu si Judika ni semua sedih-sedih dan lirik dia semua berkaitan dengan apa yg jadi dalam kehidupan sebenar. Aku rasa macam dia nyanyi untuk aku pulak.huahaha! Ok bye. Wasalam.
 
 
p/s: mood jiwa kacau

Girls, Secret Recipe dan Teh Hijau

Assalamualaikum...
 
Dua hari lepas aku keluar dengan GFs aku- Mida dengan Umi. Kitorang pergi serang Secret Recipe sebab aku teringin sangat nak try produk baru dia ‘Turkish Indulgence’. Actually takdelah baru sangat pun tapi agak baru jugak lah. Haha. Nampak kat page Secret Recipe macam sedap je. So aku pun ajak la my GFs gi makan. Mula-mula tu ingat nak pergi Secret Recipe kat Nirwana Kubang Kerian ni je. Dekat sikit. Sebab Umi keje so takut dia penat pulak nak drive terkejar sana sini. Last-last ke KB Mall jugak kitorang.
Sampai sana kitorang berkeliaran tak tentu hala dulu. Pergi cuci mata tengok baju. Aku lah yg cuci mata. Yg 2 orang tu cuci tangan terus, shopping. I shopping kat Watsons je. Huhu T.T
Then kitorang menuju ke tempat yg sepatutnya iaitu Secret Recipe. Bila kitorang nak order air, there’s a little chat with this ‘good looking boy’ waiter when I requested for an Iced Green Tea. One thing yg buat aku terkejut is bila waiter yg good looking(I mean it ok) tu tanya:
Waiter: Pernah minum ke green tea ni? Tau ke green tea ni rasa camne?
 Aku: Pernah. Rasa dia macam pahit-pahit sikit kan. Kenapa?
Waiter: Takdela, kebanyakan mereka yg order Iced Green Tea ni minum tak habis. Sekali sedut pastu tinggal.
Aku: Oohh..
I was like..tolonglah tanya nombor handphone aku! Hehe, takdelah. I was just thinking that green tea isn’t that bad compared to original Chinese tea, herbs and so on. Maybe diorang takleh terima minuman yg tawar-tawar ni kot. Orang Malaysia kan suka manis-manis. Kan adik manis(gaya mamak).. Or maybe it was their first time. Aku masa mula-mula minum benda alah ni pun rasa pelik tahap alien jugak. Yela, sebab dia rasa macam kelat-kelat pastu tawar. Nasib baik la aku ni jenis yg tak suka manis-manis. So tekak aku relax sambil tersenyum jela telan air berkhasiat tu. First time lidah aku berkenalan dengan green tea ni masa kat asasi dulu. Kalau tak silap la. Green tea yg dalam uncang tu. Masa tu dengan sesuka usus aku letak gula sikit kat dalam air green tea ni sebab tak rasa pape kan. Pastu bila dah lama-lama, dah selalu minum sampai habiskan sekotak uncang green tea tu langsung dah tak rasa pelik dah minum green tea tanpa gula. Kadang-kadang minum teh yg biasa ni pun tak letak gula. Tapi bagus jugak pelayan tanya macam tu bila customer nak order benda pelik-pelik ni. At least takdelah membazir. Nanti customer membazir, tauke yg rugi.huhu..
 
yg nampak meriah tu Turkish Indulgence. sedap jugak sebab ada pistachio nuts, marshmalllow, blackforest jelly and choc.
 

me and mida. sementara tunggu air sampai sebelum mencekik, snap2 dulu

me and umi pulak. masih sabar menunggu

my lovely nurses.hik3

last sekali haruslah ada gambar tiga sekawan ^_^
 
Huh! Semangat bebenor story pasal air yg tak rasa pape nih. dah kenapa~ So apa conclusion bebelan aku ni ek? Hhmmm.. Actually that little chat with the waiter reminds me of how I tasted the green tea for the first time. Tu je yg aku fikir sebenarnya. Hidup ni kan penuh dengan kenangan(konon).. Ok, till then, Wasalam.
 
p/s:gambar ehsan dari FB mida dan umi, credit to hdphone mida. my Mr. Sony sakit buat sementara waktu.so xleh nak selca sgt :(