Assalamualaikum...
Suspen giler tajuk entry aku kali ni. Tapi actually bukan penyakit yg sakit tu pun, ni penyakit yg tak sakit langsung. Eh??? Bukan penyakit namanya kalau tak sakit. Hhmm...pape jelah. Penyakit yg aku maksudkan ialah penyakit 'gila selca' atau gila kamera. Ya, inilah penyakit yg aku hidapi selain dari 'shopping' atau 'window shopping' dan berjimba-jimbu. 'Selca' tu short form dari 'Self-Captured' which means kita tangkap sendiri gambar kita yg syok sendirian berhad tu yg konon-konon Miss Universe 10 tahun berturut-turut. Macam 'camwhore' la tapi 'selca' lagi comel bunyinya.hehe..
Aku rasa mesti semua orang suka tangkap gambar kan nak-nak kaum hawa. Pergi mana-mana mesti nak 'selca' sana sini. Asal masuk toilet je tangkap gambar, asal tunggu makanan sampai je tangkap gambar, asal takde buat pape je tangkap gambar. Ok fine, orang yg jenis camtu adalah aku. Aku memang suka 'selca' especially bila nak outing. Ada sebab nak bercantik-cantik sikit kan. Haha..Sementara tunggu kakak atau kawan datang ambil, aku habiskan masa dengan sebaik mungkin ber'selca'. Paling kronik bila takde buat apa-apa kat rumah, tetibe tempek make-up 16 inci pastu 'selca' sorang-sorang. Ya ampun! Aku ke ni?! Rasa macam sewel pun ada bila fikir balik. Tapi bila dah bosan tahap melampau itu jelah ubatnya.
Kakak pun gila bergambar ok..*sememangnya toilet/washroom adalah tempat wajib ber'selca'*
Kalau dah gila kamera, muka pucat pun boleh jadi ceria.haha
Dalam kereta? Pun boleh..........*sila abaikan 'eye bag' yg tahap zombie mabuk tu*
Till then, Wasalam.
p/s: To my beloved Mr.SonyEricsson, thanks for always being with me





2 comments:
Hihihi. Nina kalo nk ambik pic lam toilet. Ngintai2 org dulu. Segan kalo ada org. Mihmihmih
NinaAz: A'ah,kt toilet kdg2 cover dulu tunggu org blah baru tgkap gmbr.haha.
Post a Comment