Assalamualaikum...
Entry kali ni aku type dalam perasaan trauma dan dalam keadaan sakit. Semalam aku terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kemalangan seorang diri bersama motor dan tiang api. Yee...bunyinya agak menggelikan hati tapi hakikatnya Tuhan saja yg tahu emosi aku masa tu. Dulu aku pernah jugak jatuh motor tapi masa tu dekat depan rumah ni je and under my brother's control. Kali ni aku accident sorang-sorang.
Kemalangan tu terjadi kat simpang nak masuk kawasan rumah aku, masa tu balik dari kedai. Aku dengan 'condifent'nya bagi signal nak masuk lorong tu tapi tak tahu kenapa tiba-tiba aku lost control masa nak pusing masuk lorong tu. Then terbabas dan terlanggar tiang yg kat tepi lorong lantas(huh,skemanya) terjatuh. Badan dengan kepala aku terhentak kat atas jalan tar tu. Masa terhentak tu dapat rasa dan bunyi kepala aku terhentak atas jalan tu. Ya Allah, Tuhan je yg tahu perasaan aku time tu. Nasib baik aku pakai helmet. Kalau tak mesti dah arwah, tak pun terburai kepala aku atas jalan tu.
Yg kelakarnya aku cepat-cepat bangun angkat motor tu. Masa tu takde orang pun sebab dekat lorong kan. Kalau ada orang mesti malu gila. Budak pempuan naik motor langgar tiang api! Hoi aku hentak kat tiang api jugak sape yg sound aku camtu! Allah bagi aku kekuatan untuk bangun, angkat balik motor tu dan menunggang macam biasa. I felt like a Supergirl that time. Pastu boleh pulak fikir pasal keadaan motor dari keadaan diri sendiri.huhu..
Orang kata malang tak berbau. Betul sangat-sangat dengan pepatah tu. Walau kita berhati-hati pun, bila Tuhan nak uji kita, Dia tetap datangkan bala pada kita. Sesungguhnya ujian Allah adalah tanda Dia ingat pada kita. Mungkin aku terlalu laju kot sampai tak dapat kawal tapi aku rasa aku dah bawak slow dah. Hhmm..mungkin slow di mataku tapi laju di mata orang lain.huhu.. Apa pun lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Biarlah eksiden kali ni menjadi pengajaran dan amaran untuk aku.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab takde serious injuries. Cuma ada bruises dekat peha dan kaki, sebab hentakan kot. Pastu rasa sakit-sakit badan. Tapi yg paling penting kepalaku dilindungi helmet. Kepala adalah bahagian paling penting selepas jantung. Kalau tak pakai helmet tak tahulah keadaan aku macam mana. Kejadian tu berlaku dalam sekelip mata je. Bila aku ingat balik accident tu, aku rasa takut sangat-sangat tapi Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup lagi.
Till then, Wasalam.
p/s:topi keledar atau helmet sangat-sangat penting bila nak naik motor untuk melindungi kepala kita.




4 comments:
pangajarannya.. ingatlah orang yang tersayang..
Nurlyla: Yap betul tu :)
nina pernah gak excident motor. dua kali. hehe. ingt lagi y first tuuu... macam sis ah. tetiba bangun. tp nina jadi pembonceng. kawan langgar keta sewa, kawan jatuh tp nina tak tahu nape nina dah duk berdiri tepi motor, tak jatuh pun. entah masa bila berdiri tak tahu. hahaha.
Nina: hahaha kelakar pulak cite nina ni.tp tulah kita selamat sebab Tuhan lindungi kita.
Post a Comment