Assalamualaikum...
Wahh! Warning sangat tajuk entry aku kali ni. Tapi aku bukan nak cerita pasal pisau cukur Schick, Gillette, Veet dan seumpamanya yg cukur rerambut dan bebulu tu ek. Yg tu tajam dan boleh mendatangkan luka. Ouchh! 'Pisau cukur' yg aku nak story ni ada kena mengena dengan ceritera cinta je. Gituu~ Walaupun entry aku ni tak segempak filem 'Pisau Cukur' yg ada Maya Karin dan Nur Fazura tu, tapi aku rasa info-info ni lagi berguna dan bermanfaat dalam kehidupan seharian nak-nak zaman serba maju ni. Semua benda nak guna duit. Haish..ok, apa aku merepek ni?
Actually aku nak share beberapa langkah atau cara untuk elak diri dari jadi mangsa spesies yg entah hape-hape nih. Dulu perempuan je yg terkenal dengan gelaran 'Pisau cukur' kan? Tapi sekarang kaum lelaki pun mampu jadi 'pisau cukur' ok..Entah-entah lagi tajam dari kaum perempuan. Takleh jadi ni! Haha! Berikut adalah cara-cara untuk menjauhi si 'Pisau cukur':
1. Buat muka kering
Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Perempuan juga jangan cepat tersentuh hati dengan wajah yg mereka tampilkan kerana lelaki dalam kategori ini mudah dan pandai dalam memujuk rayu.
2. Kenakan syarat ketika keluar
Berikan beberapa syarat kepada teman lelaki untuk keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada mereka dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yg mengajak keluar, biarkan teman lelaki yg mengeluarkan duit untuk berbelanja.
3. Jauhkan diri
Apabila terasa diri ditipu, cubalah belajar berjauhan daripadanya, mungkin ketika itu dia akan berasa perubahan pada diri anda. Lelaki dalam kategori ini juga tidak ikhlas dalam percintaan.
4. Beranikan diri katakan TIDAK
Jika teman lelaki ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan yg munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu mereka dan berani suarakan pendapat dan katakan TIDAK andai teman lelaki tidak putus-putus mengganggu urusan seharian kerana ingin meminjam wang.
5. Pura-pura tiada duit
Wanita juga harus bijak dalam berpura-pura, terutama kepada orang lelaki yg suka meminjam duit ini. Jika diri sering kali dipergunakan untuk meminta wang, cubalah untuk berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.
6. Putuskan hubungan
Jika nasihat juga tidak diterima dan tabiat itu masih berleluasa seperti malas bekerja dan hanya tahu meminta, putuskan saja hubungan dengan mereka, jangan buat diri sendiri terjerat dengan masalah teman lelaki sehingga diri terjebak dengan konflik itu. Mungkin ada yg lebih baik menanti anda di luar sana.
kikis jangan tak kikis.huahaha
So kalau rasa-rasa pasangan korang cuba nak 'kikis' korang, be careful ok! Never let them be! Baik gunakan duit tu untuk diri sendiri atau keluarga. Renung-renungkanlah. Till then, Wasalam.
p/s: bila kawin- what mine is mine, what yours is mine too! :P
source: Harian Metro
source: Harian Metro



5 comments:
ya Allah, ena pernah keluar dengan lelaki yg pisau cukur ni... memang urghhhh! aku pula yg kne keluarkan duit byk2 demi dia... now, memang ena dah hati2...
Ena: hehe..takpe, jadikan benda tu pengajaran supaya lebih hati2 bila berkawan. biar org cakap kita kedekut ke apa dr kita sendiri yg merana :)
kesian sgt kalau org y dpt couple y jenis pisau cukur ni, huhuhu
Nina: a'ah, boleh jadi botak kepala kalau dpt couple spesies camni.huhu
aku lah yg paling malang aka bodoh.. lembut hati tak bertempat.. agaknya kalo dihitung2 jumlah duit yg dah dikikis... mau lepas beli gelang emas hat besorr... yg pedihnya si dia x hargai aku.
selalu dok hambur kata2 kesat termasuk tolak2 kepala aku, kalo aku kuar dgn dia. tak tau lah nape aku jd begitu bodoh. skrg aku cuba menjauhkan diri beserta doa dan mohon kekuatan mental dari Allah.
Post a Comment