Wednesday, May 22, 2013

"20 Aktiviti Rawat Emosi"

Assalamualaikum...
 
Lately aku rasa stress dan sedih sangat-sangat. Personal problem tahap nak pecah otak. Benda yg aku rasa tak patut stress pun aku stress jugak. Hhmm..maybe sebab hormon kot.huahaha! Tengah sedih-sedih tetibe ternampak artikel yg bertajuk "20 Aktiviti Rawat Emosi" dalam Harian Metro(edisi harini ok). Ye memang..aku ni sedih ke, gembira ke, marah ke, suratkhabar tetap akanku belek kalau dah ada depan mata. Kalau takde suratkhabar tu memang aku duk mendongak tengok awan yg terpilu jelah jawabnya. So belek punya belek ternampak pulak artikel ni. Takdir sangat tau tajuk artikel ni dengan jiwa aku yg tengah bergelora bak Laut Cina Selatan ni. So alang-alang aku dah baca, why not I share those infos with you kan. Ada 20 cara kita merawat emosi. Aku rasa banyak lagi sebenarnya tapi ikut artikel ni 20 je. Aku list kan point dia jelah ek. Malas nak taip huraian dia yg berjela tu.huhu..
 
20 aktiviti mudah yang mampu jadikan wanita gembira dan membaiki emosi:
  1. Menonton filem
  2. Hantar e-mel yang baik(kepada kawan-kawan lama)
  3. Hubungi ibu anda
  4. Bau kelapa (aku tak faham kenapa bau kelapa dikatakan sangat menenangkan)
  5. Melihat gambar percutian lama
  6. Merancang percutian
  7. Buat biskut dan berkongsi dangan orang lain
  8. Menjadi aktif
  9. Menari
  10. Kemaskan sekeliling dan jadikannya lebih teratur
  11. Ambil cuti sehari
  12. Mencabar akal
  13. Mempelajari perkara baru
  14. Menetapkan matlamat fizikal
  15. Tonton rancangan komedi
  16. Wujudkan 'malam spa'
  17. Manjakan diri
  18. Tukar gaya
  19. Membantu orang lain
  20. Bersyukur
So itulah antara aktiviti-aktiviti yg dapat merawat emosi kita. Aku rasa ada satu lagi aktiviti yg patut dia letak which is shopping. Perempuan kan suka bab-bab shopping atau window shopping ni.hehe.. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti tu, aktiviti nombor 15 tulah yg paling mujarab pada aku -tonton rancangan komedi(kalau aku tak keluar la). Yes, it does really works for me. Tiap kali aku sedih atau stress, aku akan tengok cerita-cerita yg kelakar tahap nak tercabut urat saraf dalam otak aku ni. Mostly aku tengok Jozan. Serious hilang tension aku tengok gelagat diorang.

Basically artikel ni ditulis khusus untuk para isteri but hey! wanita single macam I ni pun stress dan beremosi ok.. So it's for all women actually. Ok, that's all for now. Till then, Wasalam.


p/s: esok nak keluar dgn my GFs nak rawat emosi.

Monday, May 20, 2013

Offline Shopping

Assalamualaikum...
 
Sekarang ni ramai yg buat bisnes secara online. Berniaga baju lah, tudung lah, kasut, eksesori, produk kecantikan, produk makanan.eh macam-macam lah. Yg membeli dan memborong secara online lagi la ramai kan? Well, that's a good thing regarding how people use the current technology in a positive way. Itu tandanya cara berbisnes kita semakin hari semakin maju dan advance kan. Nak-nak zaman yg serba sibuk nih. Masing-masing nak kerja senang je. Mentang-mentang lah "dunia di hujung jari", kalau boleh semua benda nak letak kat hujung jari.konon!
 
 
Sekarang ni asal bukak Facebook je mesti ada brand online shop/butik yg baru. Sebab FB is the main medium for online shopping nowadays. Some are familiar and some are not. Frankly speaking, I find that most of the products and stuffs from online shop are very nice and attracted me especially tudung. Tapi masalahnya aku tak berapa minat sangat lah beli online-online ni. Sebab aku tak boleh nak rasa dan sentuh dan godek-godek barang yg dijual tu. Rasa tak puas tau tak. Sesungguhnya hamba seorang yg mementingkan kepuasan tahap maksima.muahaha! Lagi satu, sometimes barang yg kita tengok dalam gambar tak sama dengan apa yg kita dapat. I mean, sama tapi tak serupa. Sepanjang pembukaan butik-butik online yg berlambak-lambak tu, tak pernah sekali pun aku beli online. Sedih tak sedih tak? huhu..
 
 
 
Tapi sekarang ni kalau online shop dah maju, mesti owner akan bukak exact butique kan? So boleh la hamba menerjah butik-butik tersebut kalau ada barang yg hamba rasa berkenan. Cause I love eye on eye shopping, not finger on finger shopping. Giiituuuu~~ hancus bahasa aku. Well, different people always have different opinion kan? Ada yg suka online, ada yg tak. Ok, tu je nak bebel. Till then, Wasalam.


p/s:sgt menyampah dgn produk kecantikan online yg upload result guna edited pic/intagram/360. mmg flawless la kan. sgt menipu customer ok.

Thursday, May 16, 2013

16 Mei: Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum...

Bila cakap je pasal guru, mesti orang akan cakap “jasamu dikenang”. Memang betul pun kita akan kenang jasa diorang sampai bila-bila. Selain dari pasukan-pasukan keselamatan negara, warga pendidik juga banyak berjasa pada negara. Sebab diorang lah kita kenal huruf, pandai membaca, menulis, mengira semua. Tak kisahlah panggil guru ke, cikgu @ pendidik @ pengajar @ pensyarah @ teacher.  Tugasnya sama iaitu mengajar dan membimbing anak-anak bangsa.
Perasan tak dalam banyak-banyak pangkat, pangkat guru lah yg sentiasa orang ingat. Walaupun cikgu tu dah pencen, tapi beliau tetap akan digelar sebagai cikgu. Walaupun kadang-kadang orang cop kerjaya guru ni tak besar mana, tapi hakikatnya pangkat guru tulah yg paling penting dalam sesebuah negara. Kalau takde guru, macam mana rakyat nak pandai kan?
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia! Jasamu sentiasa dikenang.
p/s: teringin pulak nak masuk sekolah balik.

Wednesday, May 15, 2013

Finally, a New Look for my Blog!

Assalamualaikum...

Finally, I finished editing my blog already! Takdelah segempak dan cantik kebaboom mana pun tapi so far aku puas hati dengan color dan sistemnya. Sistem???? I mean boleh adjust la design text dia semua.. Previous template yg aku suka tu kan takleh adjust benda-benda alah ni. Kecik hati tau dengan template tu! Tapi berkat kesabaran dan ketekunan aku meng'google' dan menelaah template sampai nak terkeluar biji mata, akhirnya aku berpuas hati dengan template yg aku guna sekarang ni. Sangat simple dan suka dengan tone color ni(ala-ala purple mix grey gitu~) walaupun takde color feveret.huhu.. Well, tak semua yg kita suka kita akan dapat kan. Kadang-kadang kita akan dapat yg lebih baik dari apa yg kita suka. Giiitttuuu~
 
Buat header sendiri sbb header yg tersedia ada tidak menepati citarasa mata I.muahaha!
 
So sekarang boleh abaikan blog dengan tenang. Abaikan??? Yela, if one day aku dah takde masa langsung nak jenguk blog aku ni(macam perangai aku 3-4 tahun lepas tu), at least aku tinggalkan blog aku dalam keadaan cantik dan tersusun. Got it? Ok, tu jelah nak share. Perasaan bila blog dah cantik(konon....). Till then, Wasalam.
 
 
 
p/s: kalau blh taknak dah tukar template. tak larat menghadap ciptaan-ciptaan comel tersebut dan mengedit tahap nak pecah otak.

Saturday, May 11, 2013

A failure

Assalamualaikum...

Ye ye, saya tahu rupa blog saya agak buruk sekarang. Why???? Sebab aku tergedik-gedik nak cantikkan blog, last-last inilah hasilnya. Wait! This is not the final result yet! This is just half of my editing. You know why it just half? Because I am totally failed in editing blog and I don’t know what to do. Damn! Last last aku tinggalkan je serabut serabai macam tu. Aku suka template ni sebab dia(dia???) warna feveret aku..hijau..dan simple..
Tapi maksalahnya tak  boleh dan tak reti nak edit part advance apekebenda tah benda alah tu. Yang nak edit-edit font sume tu lah. Template ni tak boleh edit font. Kecewa bangat deh. Ke aku yg tak tahu macam mana nak edit? Sedih bebenor nasib aku nih. Dahlah nak cari template yg betul-betul berkenan memerlukan kesabaran tahap langit ke-7. Semua cantik, semua berkenan! Menghadap laptop hampir 5 jam semata-mata  nak survey benda alah nih. Ok tipu je.. 5 jam tu termasuk edit-edit sume k.. Tapi 5 jam rasa macam 5 minit je bila tengok ciptaan-ciptaan comel tersebut. Ok, nampak sangat aku takde aktiviti berpaedah hujung2 minggu ni.
Tulisan kocik jor.tak dapet makcik nak baco blog ekau ni haa!
*Btw nama template yg mcm tikar getah ni 'Tehhijau'(teh hijau la sgt)
 
Kalau lah ada orang yg boleh tolong cantikkan blog aku. Nak jugak ada blog cantik macam blog Irine Nadia Marcello, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, The Life of Mansor’s Twin, Fatin Liyana, Cik Epal dan seangkatan dengannya.. Cantik dan sangat mengujakan tau blog-blog diorang. Tengok berjuta-juta kali pun tak bosan. Tapi apakan daya, aku harus menyedarkan diri aku yg aku bukanlah blogger tegar. Muahahaha! Entry baru sekerat dua, itupun setahun sekali update, ada hati mengidam blog macam diorang. Ceh! Sesungguhnya aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang blogger.huhu..
Blogroll? Blogger Templates? Blogger News? Apakah???!
 
Tapi walau macam mana pun akan ku gigih berusaha mencantikkan blog aku sepuas hati yg mungkin. Walaupun tidak segempak blog-blog kegemaranku itu, asalkan puas hati. Sementara banyak masa terluang ni kan..baik aku puaskan hati. Muahaha!
Ok bye. Till then, Wasalam.
 
p/s: dlm previous entry aku ada mentioned akan tukar template lagi kan. so this is the time. haha!