Saturday, April 6, 2013

Pengat Labu

Assalamualaikum...
 
Petang tadi aku ada buat pengat labu. Then kawan aku cakap tak pernah tengok pengat labu. Kat KL memang diorang tak buat pengat labu ke? Atau memang ada tapi tak pernah jumpa? Yela pengat-pengat ni kan makanan warisan Melayu turun temurun. Dari kampung lagi tau. Sedangkan 'lompat tikam' pun ada kat KL. Kali ni nak share resepi yg senang tu lah. Senang dan sedap! Aku rasa pengat labu lah paling sedap antara pengat-pengat lain yg wujud.
 
Bahan-bahan:
Setengah biji labu(saiz besar) dibuang kulit dan potong dadu
1 plastik kecil santan pekat(aku guna dalam plastik sebab aku beli santan segar yg baru dimesin yg jual kat pasar tu)
2 ketul manisan
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
 
Kalau la buah labu ni boleh dimakan mentah2. nampak pun dah sedap!
 
Manisan/gula melaka.lagi sedap guna benda ni dari gula biasa.
 
 
Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan manisan dan kacau sampai manisan hancur (kalau pekat sangat tambah air)
3. Masukkan daun pandan dan secubit garam
4. Bila dah mendidih masukkan labu.
5. Tutup periuk dan biarkan sampai labu masak/empuk
 
 Dah siap!

 Sedap dimakan begitu sahaja @ dengan roti. Mabeles!


Entah apa-apa lah aku ni duk post resepi kat blog malam-malam buta. Buang tebiat betul. Siapalah nak masak pengat time-time nak tidur nih. Haiyaa! Takpelah, mood rajin dah datang kann... Selamat mencuba. Till then, Wasalam.




p/s: nak tanam pokok labu banyak2. nanti boleh jadi pumpkin carriage mcm dalam cerita Cinderella. haha!


 
 
 
 
 
 

Friday, April 5, 2013

"Kelebihan Selepas Menangis"

Assalamualaikum...
 
Haa..semalam dah bagi ilmu pasal 'stres'. Hari ni punya entry adalah kesinambungan 'stres' pula. Eh, ada sambungan ke? Kau ingat ni cerita Samarinda nak sambung-sambung. Sebenarnya harini nak cakap pasal air mata. Jap, semalam pasal stres, hari ni pasal air mata. Ape ke sadis bebenor entry-entry aku nih???! Apa-apa pun info yg bermanfaat lagi bertauliah ni aku copy paste dari surat khabar jugak ok. Harian Metro edisi hari ni, 5 April 2013, ruangan 'Gen-Y' muka surat V8-V9. Hah, hambik kau aku bagi details. Selain dari nak menambahkan bilangan 'post' aku yg tak berapa(bukan tak berapa, tapi memang tak!) membanggakan ni, aku rasa info ni sangat berguna untuk dikongsi. Sharing is caring, caring is loving kan..hehe. Ilmu yg aku nak share kali ni adalah kelebihan selepas menangis. Ingat menangis tu sesuatu yg teruk ke? Sila baca dan fahami dengan penuh makna ok.

Kelebihan selepas menangis:
  1. Membantu penglihatan. Air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yg boleh membuatkan penglihatan manusia kabur.
  2. Meningkatkan mood. Seseorang yg menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yg lebih baik.
  3. Mengeluarkan racun. Ahli biokimia, William Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yg keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. Tetapi keluarnya air mata yg beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.
  4. Mengurangkan tekanan perasaan. Air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yg disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim. Selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yg menjadi pendengar setia.
  6. Melegakan perasaan. Semua orang akan lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.
Selama ni aku ingat menangis ni boleh menjejaskan mata, contohnya boleh buat mata buta ke apa, rupa-rupanya makin membantu. Tapi kalau nak menangis tu biarlah bertempat. Jangan nanti takde ribut takde apa tetibe menangis macam budak sekolah hilang pemadam harga 20sen. Buat malu anak kucing je. Menangislah dalam kegembiraan ye adik-adik. Ok lah, that's all for tonight. Nanti akak cari lagi modal-modal berguna lagi bertauliah untuk dikongsi ye. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
p/s: membaca menambahkan ilmu pengetahuan dan lebih afdal kalau kita kongsi ilmu yg berguna tu

Thursday, April 4, 2013

"Telan Stres"

Assalamualaikum...

Entry aku kali ni lebih berilmu dan bermanfaat sikit(banyak lah!) dari entry-entry sebelum ni. Tapi tengok pada tajuk macam kejam dan tak masuk di akal fikiran kan. Apa kejadahnya lah nak telan-telan stres ni. Kalau telan aiskrim takpe jugak. Ok, 'telan' aiskrim di situ.. Actually tadi aku baca surat khabar Harian Metro edisi hari ini ok, 4hb April 2013. Bukan surat khabar lama zaman jakpar tonggek tau. Huh, rajin pulak aku mentelaah surat khabar malam-malam buta ni. It's about stress! Yela, skang ni kan penyakit 'stres' atau dalam perkataan lainnya 'tertekan' tak dapat dipisahkan lagi dengan kehidupan seseorang. Every day, there's something that makes you stress kan? Tak dapat keluar gi mana-mana stres, kucing kebas ayam goreng stres, tak dapat cabut rambut gatal sehelai stres, line internet lembab bak siput sedut tengah nazak lagilah stres wei! Ok back to the topic please! So aku nak share some important infos(take note, IMPORTANT ok) tentang stres dimana 100% copy paste from that article.

Sebelum tu kena tahu definisi 'stres' dulu. Stres merujuk kepada tindak balas fizikal, emosi, dan mental kepada perubahan. Manusia secara amnya memerlukan sedikit stres untuk menjalani hidup secara lebih berkesan.

Perkara yg mungkin menyebabkan stres:
  • seseorang memungkiri janji
  • masalah dengan komputer
  • tidak siap kerja
  • tidak boleh tidur
  • menggunting rambut tetapi dapat gaya yg tidak diingini
  • sebelum adakan persembahan
  • sesi temuduga untuk memohon kerja
  • kematian(ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
  • pertengkaran atau konflik dengan rakan
  • kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
  • prestasi kerja buruk
  • tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
  • rasa dipinggirkan
  • harta benda dicuri
  • menghadiri kelas yg membosankan
  • putus cinta
  • kereta, motosikal rosak atau tayar pancit
  • kesukaran mencari parkir
  • lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
  • terperangkap dalam kesesakan jalan raya
*kenapa putus cinta letak kat bawah bawah? bukan putus cinta penyebab utama stres ke.sampai ada yg sanggup gadai nyawa. Astagfirullahalazim.

Apa yg harus dilakukan apabila marah:
  • menyedari yg anda sedang marah, katakan: "Saya sedang marah"
  • bertenang, kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
  • kenal pasti kenapa anda marah
  • cuba dengar penjelasan orang lain
  • jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
  • beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • biasakan diri memaafkan atau menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
*kalau stress, aku akan tengok video-video lucu. tak pun keluar dan tengok gelagat manusia. huahaha! Layan lawak Jozan confirm hilang stress wa cakap sama lu..

Walaupun sering dikaitkan dengan sesuatu negatif, stres kadang kala boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yg terbaik. Kebanyakan individu yg mudah mengalami stres memerlukan mereka yg bermotivai tinggi sebagai pasangan untuk mengekalkan tugas atau menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur. Yela, stres ni ada pros and cons jugak kan. Yg tak elok tu kita cuba perbaiki, yg elok tu kita jadikan sebagai motivasi diri.

Sekian sahaja ilmu pengetahuan untuk hari ni ye adik-adik. Kalau ada ilmu pengetahuan yg lain yg lebih berguna lagi terpakai, akak share lagi ye. Till then, Wasalam.





p/s: blogging sambil makan jagung rebus pasar malam pun boleh mengurangkan stres yg disebabkan oleh line siput sedut ni ye.

Monday, April 1, 2013

Creamy Chocolate Ice Blended

Assalamualaikum...
 
Harini nak share resepi yg senang tahap takley blah ke mana sahaja. Si Mida la ni yg suruh share sebab nampak aku post kat FB semalam. Buat malu aku je nak share resepi kanak-kanak nih. Tapi takpelah, sharing is caring kan..
 
Bahan-bahan:
2-3 sudu besar serbuk milo
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis
4-5 ketul ais
Sedikit air sejuk(sejuk dari peti ais tau!)
 
Topping:
Whipped cream (aku guna yg Pesan Breton fresh dairy whipping cream)
Cip coklat (kalau takde cip coklat, guna cip komputer. Eh tak2! Gunalah chocolate rise ke, kekacang ke, ikut suka kreativiti hangpa lah)
 
Cara-cara:
1. Humban semua bahan-bahan iaitu milo, serbuk koko, susu pekat manis, ais dah air ke dalam pengisar(blender) dan kisar sampai haluuuusssss(stail Harith Iskander).
*Air tu agak-agak je. Jangan cair sangat sebab dah ada ais dalam tu(dah namanya pun ice blended). Lama-lama dia akan cair meleleh jugak.
2. Masukkan dalam gelas(tapi aku letak dalam mug je) dan hiaskan dengan whipped cream secantik yg boleh dan taburkan cip coklat.
3. Sedia untuk dinikmati.
 
 
My homemade creamy chocolate ice blended!
Don't judge the taste by its look! Main hentam je letak cream tu.huhu 
 
 
Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
p/s: seney mesek jah Mida weh. xsoh duk wat xreti lah. ngado sungguh!