Assalamualaikum...
Bila cakap je pasal guru, mesti orang akan cakap “jasamu
dikenang”. Memang betul pun kita akan kenang jasa diorang sampai bila-bila. Selain
dari pasukan-pasukan keselamatan negara, warga pendidik juga banyak berjasa
pada negara. Sebab diorang lah kita kenal huruf, pandai membaca, menulis,
mengira semua. Tak kisahlah panggil guru ke, cikgu @ pendidik @ pengajar @
pensyarah @ teacher. Tugasnya sama iaitu
mengajar dan membimbing anak-anak bangsa.
Perasan tak dalam banyak-banyak pangkat, pangkat guru lah yg
sentiasa orang ingat. Walaupun cikgu tu dah pencen, tapi beliau tetap akan
digelar sebagai cikgu. Walaupun kadang-kadang orang cop kerjaya guru ni tak
besar mana, tapi hakikatnya pangkat guru tulah yg paling penting dalam sesebuah
negara. Kalau takde guru, macam mana rakyat nak pandai kan?
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia! Jasamu
sentiasa dikenang.
p/s: teringin pulak nak masuk sekolah balik.


4 comments:
Yea. Betul tuu. Walaupun guru xbesar mn. Tp gurulah y org paling percaya. Bukti. Kalo cikgu cakap kena tambah. Budak pun ikuttt tambah. Haha
Camat hari guru!!!
Betul tu cikgu nina..apa yg cikgu ajar, itulah yg student ikut.haha
karier guru ni sangat mulia..sampai pencen pun tetap orang panggil cikgu...
BUNDA a.k.a KN: tula, special sgt2 panggilan cikgu ni :)
Post a Comment