Thursday, May 16, 2013

16 Mei: Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum...

Bila cakap je pasal guru, mesti orang akan cakap “jasamu dikenang”. Memang betul pun kita akan kenang jasa diorang sampai bila-bila. Selain dari pasukan-pasukan keselamatan negara, warga pendidik juga banyak berjasa pada negara. Sebab diorang lah kita kenal huruf, pandai membaca, menulis, mengira semua. Tak kisahlah panggil guru ke, cikgu @ pendidik @ pengajar @ pensyarah @ teacher.  Tugasnya sama iaitu mengajar dan membimbing anak-anak bangsa.
Perasan tak dalam banyak-banyak pangkat, pangkat guru lah yg sentiasa orang ingat. Walaupun cikgu tu dah pencen, tapi beliau tetap akan digelar sebagai cikgu. Walaupun kadang-kadang orang cop kerjaya guru ni tak besar mana, tapi hakikatnya pangkat guru tulah yg paling penting dalam sesebuah negara. Kalau takde guru, macam mana rakyat nak pandai kan?
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia! Jasamu sentiasa dikenang.
p/s: teringin pulak nak masuk sekolah balik.

4 comments:

NinaAz said...

Yea. Betul tuu. Walaupun guru xbesar mn. Tp gurulah y org paling percaya. Bukti. Kalo cikgu cakap kena tambah. Budak pun ikuttt tambah. Haha
Camat hari guru!!!

nia_cheroniah said...

Betul tu cikgu nina..apa yg cikgu ajar, itulah yg student ikut.haha

Bunda_nora said...

karier guru ni sangat mulia..sampai pencen pun tetap orang panggil cikgu...

nia_cheroniah said...

BUNDA a.k.a KN: tula, special sgt2 panggilan cikgu ni :)