Wednesday, August 28, 2013

Personal Tips of My 'lone ranger' Trip

Assalamualaikum...

Amboi, tajuk nak omputih aje. Entry kali ni agak panjang. Just to share some of my tips when I had my short ‘trip’, alone. Saya kerap kali berjalan atau ber’trip’ jauh sorang-sorang. ‘Trip’ bukan bermaksud melancong atau pergi makan angin je, tapi bergerak untuk ke sesuatu tempat yg agak jauh atas urusan tertentu. Macam tu pun kita boleh panggil ‘trip’ kan. So saya nak share apa yg perlu kita buat bila berjalan jauh(trip) sorang-sorang.
1.     Tahu/kenal tempat yg ditujui:
Kita kena tahu dan kenal tempat yg kita nak pergi. Survey dulu tempat yg kita nak pergi tu. Kalau boleh ada seseorang yg kita betul-betul kenal dari tempat tersebut lebih baik. Bila travel sorang-sorang, of course kita akan rasa agak ‘insecure’ di tempat orang kan. Jadi lebih baik kita ‘inform’ pada dia supaya kalau ada apa-apa nanti, at least there’s something back us up. Tapi kalau takde sesiapa yg kita kenal dari tempat tu, jangan risau. There’re always kind people to help you. Kalau tersesat ke apa, boleh minta tolong dengan abang-abang sekuriti atau polis bantuan atau kakak dan makcik-makcik dari tempat tersebut. Jangan takut untuk bertanya dan jangan malu untuk meminta tolong.

2.       Pentingkan kos:
Benda ni memang paling penting bagi saya. Kos pengangkutan dan tempat tinggal penting bagi sesiapa yg travel sorang-sorang. Yela, kalau travel ramai-ramai dengan geng bolehlah ‘tongtong’ kan. Tapi kalau jalan sorang-sorang mesti akan rasa membazir dengan setiap sen yg korang gunakan. Saya akan cari dan gunakan transport dan tempat tinggal/hotel yg paling murah semurah yg boleh! So kalau mampu berjalan kaki ke tempat yg ditujui dan tempat tu tak jauh sangat, berjalan jelah. Benda ni mungkin tidak sesuai bagi mereka yg cepat letih, atau tidak biasa berjalan kaki dalam jarak yg jauh. Marathon beb! Bukan travel namanya kalau tidak berjalan jauh. Tengok je mat salleh mat salleh yg datang Malaysia. Diorang lebih banyak berjalan untuk ke sesuatu tempat. Mungkin sebab saya ni kaki jalan, so saya lebih memilih untuk berjalan kaki dari naik public transport kalau saya mampu berjalan ke tempat tu selain dari jimat duit tambang.ahaks!

3.       Kena kuat mental fizikal:
Point ni berkait dengan point kedua tadi iaitu berjalan kaki. Nak travel kena ada stamina yg kuat. Stamina yg kuat maknanya gagah dan rajin untuk berjalan kaki. Like I said earlier, mat salleh pun berjalan kaki ke hulu hilir kan? Bagi yg dah biasa berjalan kaki untuk jarak yg jauh mungkin takde masalah tapi bagi yg tak biasa atau first time travel sorang-sorang, you have to train yourself berjalan kaki. Kalau stamina tak kuat, mesti diri cepat penat dan rasa macam nak landing atas katil dalam bilik hotel je.kan? Bila dah syok landing atas katil, mesti nak keluar hotel cari makan pun malas kan. Lepas tu mulalah merungut tak larat berjalan lah, apa lah. Kalau kita mampu berjalan, kita takkan merungut untuk keluar pergi ke mana-mana. Bila berjalan, make sure jangan terlalu ‘rushing’. Sebab bila kita berjalan laju secara automatic badan kita pun cepat letih. Tapi saya ni jenis berjalan laju kalau berjalan sorang-sorang.hehe. Bagi yg kaki jalan macam saya ni takde masalah nak ‘rushing’ pun sebab dah biasa. Sebab tu kena biasakan diri berjalan kaki supaya kita ada stamina dan tak rasa cepat letih bila berjalan. 

4.       Mesra/ tak sombong:
Benda ni paling biasa bila kita ke sesuatu tempat. Kita kena hormat tempat orang. Kalau pergi rumah orang pun, kita tak boleh buat perangai sesuka hati kan. So kalau tak tahu dan tak pasti dengan keadaan sesuatu tempat, jangan diam je. Beranikan diri untuk bersuara, bertanya pada orang tentang apa yg kita perlukan masa tu. Travel sorang-sorang boleh buat kita lebih matang dan lebih tahu berinteraksi dengan orang. When you travel alone, you must know how to communicate with people. So grab the opportunity to enhance your communication skill. Lain orang lain cara mereka berkomunikasi. Yang penting, kita jangan sombong di tempat orang. Ingat, tak tahu tanya, bukan diam!   

5.       Pentingkan masa:
Kalau boleh kurangkan masa bersenang-lenang di hotel atau ulang alik dari suatu tempat ke hotel/tempat tinggal dengan kerap. Saya kalau travel sorang-sorang, saya lebih suka habiskan masa di luar hotel/tempat tinggal. Lepas ‘menjelajah’ satu tempat, saya akan terus pergi tempat lain pula. Pastu lepak je kat mana-mana. Tapi yg pasti tempat tu kenalah selamat. Jangan lepak kat tepi jalan atau kaki lima tu ya! Make sure you know how to take good care of yourself. Tak perlu ulang alik ke hotel sebab benda tu hanya akan makan masa je. Makan di luar atau beli makanan terus sebelum balik ke hotel/tempat tinggal. Then sampai hotel boleh rehat terus. Tak perlu keluar lagi untuk makan ke apa. It’s for your safety as well. Travel is about how you spend your time at some places on the road, not wasting your time in the hotel. Kita bukannya duduk kat rumah sendiri nak ulang alik macam banyak sangat masa. Lagipun, kalau ulang alik dari hotel ke tempat yg kita nak pergi tu, akan makan kos transport pulak. Time is money right?

6.       Kurangkan barang:
Benda ni paling saya risau dan pening tiap kali nak pergi jalan jauh-jauh. Kalau boleh semua nak bawa. Tapi bare in mind, kalau trip hanya untuk  2-3 hari, tak payahlah bawa banyak sangat pakaian. Minimize beg seboleh mungkin dan seringan yg boleh. Biasanya saya bawa satu beg medium size je kalau trip 2-3 hari. Sumbat semua benda dalam tu(kecuali barang berharga). Tak perlu bawa beg tangan yg berat atau 2-3 beg semata-mata untuk perjalanan yg sekelip mata tu. (Tips: Kalau boleh beli satu beg saiz medium yg ringan dan tahan lasak untuk kemudahan bila berjalan jauh). Lagi satu, bawa pakaian yg ringan dan yg boleh mix and match supaya nanti takdelah meroyan bila takde baju nak pakai.
 
I've used this bag for most of my trips. been used this 'helpful bag' since 3 years back. bawa pegi class, letak semua buku tebal-tebal dalam beg ni, even my laptop. tahan lasak, ringan, simple. boleh bawa outing, pastu sumbat barang-barang shopping semua dalam ni. bought it at Petaling Street(well, actually someone paid for me) and really worth it.
 
Basically tips ni lebih sesuai untuk yg pergi trip sorang-sorang. Kalau ‘trip’ dengan kawan-kawan mungkin berbeza situasinya. Lain orang lain cara mereka membawa diri. Saje nak kongsi benda-benda macam ni. Mana tahu kot-kot boleh membantu sedikit sebanyak, berdasarkan pengalaman. Till then, Wasalam.
 

 
p/s: I prefer to go anywhere or having a trip on my own because I don't like giving any hardship or trouble to my companion. Plus, it is such a freedom!
 
 
 
 
 

2 comments:

srinivasrjy said...

Happy to read your blog. Information is very worthful -blogillu

srinivasrjy said...

Happy to read your blog. Information is very worthful -blogillu