Thursday, March 14, 2013

Watsons Oh Watsons!

Assalamualaikum...
 
Nok bbobey kot Klate eh skali. Biarnyo ngango sapo hok bukok baco blog aku nih. Buke nok wat nayo ko otok oghe hok jung baco, cumo nok memartabatkan bahaso negeri ambo skali skalo.duo kali duo kalo.. Kalu sero tok pehe tahap mutar itik tuh mitok maah banyok lah. Panda-panda la pok-pok demo cari kamus bahaso Klate nyoh. Tok cekak eh ambo nok ‘translate’ sbutir-sbutir. Nok naip entry ni pun tok tau nok bbobey pasal gapo. Glenya nok ‘blogging’ sangat pahtu selok sore duk peroh otok.
Depe mato ni napok bare-bare Watsons. Agok-agok kalu bbobey pasal Watsons ni Watsons nok wi bare free ko dop eh? Klik pah klik pah banyok jugok doh la hok aku melabur kat Watsons tu. Walaupun buke jenamo ‘Watsons’ tapi bare-bare dari Watsons jugok la. Tamboh2 dea ado ‘member card’ Watsons loni. Koho acap masuk Watsons. Kade-kade beli coklat pun kat Watsons. Illir kea tuh beli coklat hok buleh beli kat keda depe umoh ni kat Watsons. Nok oyak nyo aku ni kalu gi ‘shopping mall’ gak, mesti keno singgoh kat Watsons. Gi Mydin Mall pun dea lagi singgoh Watsons luar tu. Biar masuk jeling bare-bare dale tu jah pun. Tapi tok nati ko jeling jah. Saim aku Mida kalu lalu kat kawase make-up tu gak buleh sekali lesek dulu. Tapi aku tok berani la nok lesek-lesek kokse tester make-up kat muko nih. Takut jakit. Pade lesek kat tange jah.
 
Antaro bare-bare hok aku punggoh kt Watsons skalo. Bare hok muroh-muroh jah.. Bedok 'Johnson's Baby' rego duo ya pun beli situ jugok.

Skalo gak bare-bare hok aku punggoh(beli) kat Watsons nyo bare-bare ‘make-up’ nga ‘skin care’ lah. Mugo spesis farmasi tu gak. Tok kea nok beli ike pulok. Loni kalu nok beli gapo-gapo(make-up nga skin care) gak mesti kat Watsons sebab nok guno ‘member card’ dio. Dulu pun beli kat Watsons jugok tapi tok segilo loni la..Walaupun ‘member card’ Watsons tok wi diskaun tapi ‘point’ hok kito kumpul dale tu lamo-lamo buleh kito ‘redeem’ nga bare hok kito nok bersesuaie nga ‘point’ hok kito ado. Tok soh nok mitok diskaun sangat la mugo Watsons meme buat promotion sokmo. Beli bare promotion hok muroh pah guno ‘member card’ kumpul ‘point’ pulok. Huk aloh laa..free2 jah utong situ. Kad ahli tu pun 12 ya jah kalu tok silap. Tok ingat lah mano mugo lamo dh tu gak.
 
Kalu sero nok bare free guno la kad ahli Watsons ni acap kali deh.
 
Ho tu jah nok bbobey nyo. Kea bbobey banyok-banyok kea jadi mugo lain pulok. Puah ati jugok buleh ‘blogging’ kot Klate. Ado maso ambo mari singgoh bbobey lagi. Wasalam.
 
 
p/s: ambo pengunjung tetap Watsons

Thursday, March 7, 2013

Warna Pilihan

Assalamualaikum...

Berdasarkan tajuk entry kali ni, aku nak cakap pasal warna. Tapi warna ni takde kaitan dengan pensil warna 'LUNA' atau 'FABER CASTLE' atau 'BUNCHO' atau yg sewaktu dengannya. Warna yg dimaksudkan adalah 'make-up' atau dalam Bahasa Melayu nya 'solekan'. I bet every girl/lady/woman loves make up right? Including me! Either light, moderate, or heavy make up, every girl must put something onto her lovely face. Paling tak pun tempek bedak Baby Johnson(aku la tu). Tempek bedak pun dikira make up ok. Tapi topik aku sekarang adalah 'color'. Basically kalau cakap pasal color make up ni mesti berkait rapat serapat yg boleh dengan 'eye shadow' iaitu pembayang mata. Selain tu warna lain yg hinggap di muka adalah pemerah pipi(blusher) dan gincu(lipstick). So aku nak share beberapa warna make up dan jenis-jenis make up yg aku suka.
 
 
Love the eyes!


 

Antara 'eye shadow palette' yg digilai.


 

Kelly Clarkson memang terkenal dengan 'smokey eyes'nya
 

Antara fav. lipstick color.paling suka yg bwh sekali kanan.tak merah sgt, tak pudar sgt.moderate :)
 
 
Love the color.tak mampu lg nak beli Cik Lancome ni T.T


Make up Pn.Britney dlm MV 'Stronger' sangat ohsem!
 
 
Cantiknya awak!
 
 
Simple 'smokey eyes' make up.


Overall, this is my most fav. make up style. M.A.C tu.......
 
 
Ape pun setiap manusia diciptakan dengan kecantikan yg tersendiri sebaik-baik kejadian. Make up hanyalah alas muka je. Yg penting cantik dalam. Bila dalam cantik, luar pun automatik jadi cantik. Kan kan kan? Hehe..Till then, Wasalam.
 
 
 
 
p/s:gambar ehsan dr photographer Mr. Google.
Happy International Women's Day!
 

Sunday, March 3, 2013

The Man in my Life!

Assalamualaikum...
 
Hi my dear blog. Bangun pagi tadi tiba-tiba rasa nak luah sesuatu kat dalam blog.
Macam biasa tiap pagi bila aku bangun je mesti ayah aku suruh breakfast. Baru je bukak mata belum sempat gi toilet dah suruh aku makan minum. Yg lagi over bila aku tengah tidur boleh pulak dia suruh aku bangun makan dulu pastu sambung tidur. Aiyooo... Tiap kali waktu nak makan, dia lah yg paling beria ajak/panggil aku makan. Sampai kadang-kadang aku rasa rimas pulak. Aku tahu lah nak keluar bilik sendiri pastu join makan. Kitorang memang selalu makan sama-sama. Aku, mak dan ayah. Tapi tulah, ayah aku ni memang selalu akan pastikan anak-anak dia makan(takkan nak bg anak lapar pulak kan). Even aku dah makan pun, dia suruh aku makan lagi. Dalam kata lain, dia memang manjakan anak-anak dia. Aku tak tahulah sebab aku ni anak bongsu ke apa sampai dia nak manjakan aku camtu sekali(motif ayat camni??). Lagi satu, apa yg aku buat mesti kena report kat dia. Kalau nak keluar pun dia akan tanya nak pergi mana, dengan siapa, kawan yg mana, balik pukul berapa. Dah macam kena siasat dengan polis dah(memang bekas polis pun). Dulu senang nak keluar sebab ada kakak. Nak pergi mana-mana dan bila-bila masa(tengah malam) pun takde hal. Tapi syaratnya mesti keluar dengan kakak lah. Tapi since kakak dah kahwin, dah takde partner nak keluar. Ada abang pun hampeh mepeh(bahaso klate). Tinggal kawan-kawan je yg sudi mengajak aku keluar(oh kawan-kawanku, tolonglah bawaku keluar sekerap yg boleh.Please....... T.T). Sebab tu sekarang aku dah jarang outing. Masa kat Puncak Alam dulu selumber je aku keluar sorang-sorang turun Shah Alam, KL, even Putrajaya. Every week outing. Because I'm out of my father's control(but still, I do really know how to take good care of myself ok). So dapatlah aku merasa kebebasan yg teramat di situ. Hehe.. Kadang-kadang bukan best pun jadi anak bongsu ni. Banyak benda yg terpaksa kita korbankan. Especially anak bongsu yg kaki jalan macam aku ni. Terpaksa korbankan hobi 'berfoya-foyaku' tatkala berada di bawah ketiak(dalam kawalan) ayahku.
Makin aku membesar(besarkah????) makin ketat kawalannya. Dulu time sekolah pernah je aku keluar sorang-sorang dengan bas(acted like an adult ok). Tapi sekarang dah tak berani(campur segan silu tahap make-up 24 inci) nak tunggu bas. Dahlah bas cam 'harem' lambatnya. Pukul 7 pagi tunggu dengan senyuman, pukul 9/10 bas sampai, naik bas dengan muka zombie mabuk yg tengah nazak. And my father got the point there why he's not letting me out as i'm getting older. Sebab dunia sekarang dah tak selamat macam dunia dulu-dulu. Macam-macam kes yg jadi. Rompak, samun, rogol, santau, macam-macam lagi lah. Takut pulak bila fikir(yg duk berpoya-poya sorang2 kat KL tu tak takut plak?! errrr....).
The point is apa je yg ayah aku buat, dia buat untuk kebaikan aku. How sweet of you ayoh! Dia taknak jadi apa-apa kat aku, nak2 aku ni anak bongsu dia dan yg paling rapat dan yg paling awesome dan yg paling....macam-macam lagi lah. Eventhough there are some negative side of him(mulut potpetpotpet) but still, he is my only father. And the most greatest side of him is that he's not stingy. Dia tak kedekut untuk anak-anak. Apa yg anak dia nak mesti dia bagi(kalau mampu la). He never say 'NO' to his children unless there's some reason on it. Pernah dulu masa sekolah hatiku meronta-ronta nak basikal. Yelah, jauh kot sekolah dengan rumah.mau patah kaki aku kalau jalan(orang lain relax je jalan sambil makan 'mamee' 20sen =.=). So ayah pun beli lah. Tapi dia beli basikal yg style perempuan melayu terakhir naik. Yg Erra Fazira naik dalam filem 'Maria-Mariana' tu. Aku taknak yg tu pastu ayah sanggup jual balik basikal tu dan beli yg macam aku nak. Zaman sekolah dulu-dulu mana aku nak fikir perasaan orang tua. Yg aku tahu nak seronok je, mintak itu mintak ini tapi aku takdelah jadi budak sekolah yg jahat ok. Tiap kali ingat perkara tu mesti rasa sebak(T.T)
Tapi sejak aku hidup berjauhan dari mak ayah sebab further study kt UiTM(UiTM dihatiku) dulu,  aku dah boleh berfikir dan dah matang sikit(sikit la). Seriously bila kita jauh dari keluarga, kita akan belajar hidup berdikari and at the same time, fikiran kita akan lebih matang dalam menilai sesuatu. Aku dah boleh faham keadaan mak ayah aku. Susah payah diorang. Dari situ bila aku sedar, aku akan hargai diorang. Baik atau buruk, Love them till Jannah. Till then, Wasalam.
 
*menaip sambil menikmati 'Lompat tikam' bg mengelakkan rasa sebak yg melampau dlm entry ni
 
 
 
p/s:baruku sedar aku membebel panjang berjela. well,blog memang diwujudkan utk aku membebel.
 

Wednesday, February 27, 2013

P.O.Y.O

Assalamualaikum...
 

Tak tahu nak tulis apa so nak tulis pasal “POYO”. Tapi aku bukan nak bergossip pasal orang yg ‘poyo’ ok. Ni takde kena mengena dengan manusia2 sekalian. Huhu.. Yelah, sekarang ni kan fenomena ‘poyo’ berleluasa sejak Johan Raja Lawak sebut dengan nada yg agak ‘poyo’. Oh bosannya tajuk entry aku ni. Ah lantaklah. Bukan ada yg kisah pun(sadisnya ayat).
Apa itu ‘POYO’? Kuih, baju ala-ala peplum, atau sejenis bantal peluk yg best untuk dipeluk tatkala musim hujan ni? Haha.. Mesti semua orang dah tahu apa itu ‘poyo’ kan. Eh betul ke tahu? Entah2 buat2 tahu je. Main hentam je nak sebut ‘poyo’2 ni. Orang sebut poyo, kau pun nak sebut poyo tapi tak tahu apa maksud ‘poyo’ tu. Kau ingat ‘poyo’ tu sejenis kudap2an yg boleh dimakan sambil baring sambil menaip blog ke? Yg dah tahu tu baguslah tapi nak remind balik what is ‘poyo’ all about. Especially untuk budak2 muda sekarang yg baru nak matang yg terlalu dimanjakan dengan perkataan2 yg hentah hape2(bahasa rosak). Haish!
‘Poyo’ tu sebenarnya short form  dari ayat “Proud of your own”. Bahasa Inggeris ok..Kalau dalam Bahasa Melayu maksudnya bangga dengan diri sendiri lah. Tapi kalau bahasa kita2 ni perasan lah maksudnya. Sekarang ‘poyo’ macam dah jadi perkataan rasmi kt Malaysia kan. Pergi mana2 je mesti akan dengar perkataan yg konon boom kebaboom ni. Poyo sana, poyo sini. Aku sumbat yoyo dalam mulut baru tahu. Nak sebut poyo tu pun tengok keadaan lah dulu, baru orang tak gelakkan kita. Bahasa kita pun tak rosak. Kan bahasa jiwa bangsa. Cewah! Akhir kata, jangan nak ‘poyo’ sangat ok. Till then,Wasalam.
Spesies muka 'poyo'

Monday, February 25, 2013

Puding Roti ku

Assalamualaikum...
 
Dah lama tak update blog. What???? Sejak bila pulak aku ni rajin meng'update' blog. Ushar blog2 orang lain tu rajinlah. Bukan rajin,wajib! Aku tak tahu nak membebel apa kalau bukak blog dashboard pun. Tapi harini sempena hujan tak henti2 sejak pagi(ada kaitan ke?) aku bertekad untuk menaip sebuah entry yg bertajuk "Puding Rotiku". Ya, itu jelah yg aku nak update harini. Puding roti yg aku buat 2 hari lepas.haha! Dahlah blog jarang2 update, pemalas, pastu tetibe nak update pasal puding roti yg budak tadika tak cukup umur pun boleh buat. Kalau ada orang yg baca blog aku ni mesti gelakkan aku terguling-guling. Hello, suka hati I lah. Janji aku bahagia dengan puding rotiku(tetibe). Nah resepi puding roti ku!
 
Bahan-bahan:
8 keping roti(buang kulit) *taknak buang kulit pun takpe
80 gm mentega
3 biji telur
3 cawan susu segar
50 gm gula
Sedikit cip coklat(untuk hiasan)
 
Cara-cara:
1. Campakkan mentega, telur, susu segar dan gula ke dalam mangkuk dan bancuhkan sampai sebati.
2. Carik2 kan roti dan susun dalam bekas aluminium @ dulang pembakar(dulang?).
3. Masukkan bancuhan yg telah dibuat ke dalam bekas aluminium berisi roti yg telah dicarik tadi.
4. Biarkan seketika supaya roti meresap bancuhan tersebut dan taburkan cip coklat ke atasnya.
5. Bakar dalam ketuhar dalam 190 C selama 30 minit(bergantung kepada keadaan puding dan jenis ketuhar masing2).

Sebelum bakar nilah rupanya. Sejuk mata memandang.huhu..


Tadaaaa! Selepas kena bakar, nilah rupanya. Menggiurkan.huahaha!
 
Sekian sahaja entry yg mampu saya buat masa ni. Musim2 hujan ni takde idea nak bebel. Otak beku. Jika ada kelapangan berserta kerajinan bertemankan idea2 bernas, akan ku singgah lagi untuk membebel. Till then, Wasalam :)
 
 
p/s: I do love cooking.