Thursday, April 4, 2013

"Telan Stres"

Assalamualaikum...

Entry aku kali ni lebih berilmu dan bermanfaat sikit(banyak lah!) dari entry-entry sebelum ni. Tapi tengok pada tajuk macam kejam dan tak masuk di akal fikiran kan. Apa kejadahnya lah nak telan-telan stres ni. Kalau telan aiskrim takpe jugak. Ok, 'telan' aiskrim di situ.. Actually tadi aku baca surat khabar Harian Metro edisi hari ini ok, 4hb April 2013. Bukan surat khabar lama zaman jakpar tonggek tau. Huh, rajin pulak aku mentelaah surat khabar malam-malam buta ni. It's about stress! Yela, skang ni kan penyakit 'stres' atau dalam perkataan lainnya 'tertekan' tak dapat dipisahkan lagi dengan kehidupan seseorang. Every day, there's something that makes you stress kan? Tak dapat keluar gi mana-mana stres, kucing kebas ayam goreng stres, tak dapat cabut rambut gatal sehelai stres, line internet lembab bak siput sedut tengah nazak lagilah stres wei! Ok back to the topic please! So aku nak share some important infos(take note, IMPORTANT ok) tentang stres dimana 100% copy paste from that article.

Sebelum tu kena tahu definisi 'stres' dulu. Stres merujuk kepada tindak balas fizikal, emosi, dan mental kepada perubahan. Manusia secara amnya memerlukan sedikit stres untuk menjalani hidup secara lebih berkesan.

Perkara yg mungkin menyebabkan stres:
  • seseorang memungkiri janji
  • masalah dengan komputer
  • tidak siap kerja
  • tidak boleh tidur
  • menggunting rambut tetapi dapat gaya yg tidak diingini
  • sebelum adakan persembahan
  • sesi temuduga untuk memohon kerja
  • kematian(ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
  • pertengkaran atau konflik dengan rakan
  • kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
  • prestasi kerja buruk
  • tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
  • rasa dipinggirkan
  • harta benda dicuri
  • menghadiri kelas yg membosankan
  • putus cinta
  • kereta, motosikal rosak atau tayar pancit
  • kesukaran mencari parkir
  • lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
  • terperangkap dalam kesesakan jalan raya
*kenapa putus cinta letak kat bawah bawah? bukan putus cinta penyebab utama stres ke.sampai ada yg sanggup gadai nyawa. Astagfirullahalazim.

Apa yg harus dilakukan apabila marah:
  • menyedari yg anda sedang marah, katakan: "Saya sedang marah"
  • bertenang, kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
  • kenal pasti kenapa anda marah
  • cuba dengar penjelasan orang lain
  • jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
  • beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • biasakan diri memaafkan atau menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
*kalau stress, aku akan tengok video-video lucu. tak pun keluar dan tengok gelagat manusia. huahaha! Layan lawak Jozan confirm hilang stress wa cakap sama lu..

Walaupun sering dikaitkan dengan sesuatu negatif, stres kadang kala boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yg terbaik. Kebanyakan individu yg mudah mengalami stres memerlukan mereka yg bermotivai tinggi sebagai pasangan untuk mengekalkan tugas atau menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur. Yela, stres ni ada pros and cons jugak kan. Yg tak elok tu kita cuba perbaiki, yg elok tu kita jadikan sebagai motivasi diri.

Sekian sahaja ilmu pengetahuan untuk hari ni ye adik-adik. Kalau ada ilmu pengetahuan yg lain yg lebih berguna lagi terpakai, akak share lagi ye. Till then, Wasalam.





p/s: blogging sambil makan jagung rebus pasar malam pun boleh mengurangkan stres yg disebabkan oleh line siput sedut ni ye.

Monday, April 1, 2013

Creamy Chocolate Ice Blended

Assalamualaikum...
 
Harini nak share resepi yg senang tahap takley blah ke mana sahaja. Si Mida la ni yg suruh share sebab nampak aku post kat FB semalam. Buat malu aku je nak share resepi kanak-kanak nih. Tapi takpelah, sharing is caring kan..
 
Bahan-bahan:
2-3 sudu besar serbuk milo
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis
4-5 ketul ais
Sedikit air sejuk(sejuk dari peti ais tau!)
 
Topping:
Whipped cream (aku guna yg Pesan Breton fresh dairy whipping cream)
Cip coklat (kalau takde cip coklat, guna cip komputer. Eh tak2! Gunalah chocolate rise ke, kekacang ke, ikut suka kreativiti hangpa lah)
 
Cara-cara:
1. Humban semua bahan-bahan iaitu milo, serbuk koko, susu pekat manis, ais dah air ke dalam pengisar(blender) dan kisar sampai haluuuusssss(stail Harith Iskander).
*Air tu agak-agak je. Jangan cair sangat sebab dah ada ais dalam tu(dah namanya pun ice blended). Lama-lama dia akan cair meleleh jugak.
2. Masukkan dalam gelas(tapi aku letak dalam mug je) dan hiaskan dengan whipped cream secantik yg boleh dan taburkan cip coklat.
3. Sedia untuk dinikmati.
 
 
My homemade creamy chocolate ice blended!
Don't judge the taste by its look! Main hentam je letak cream tu.huhu 
 
 
Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
p/s: seney mesek jah Mida weh. xsoh duk wat xreti lah. ngado sungguh!
 

Monday, March 25, 2013

Kenduri di Hujung Minggu

Assalamualaikum...

Ok ni story dua hari lepas, Sabtu(23/03/13). As we all know, sekarang ni musim cuti sekolah. So sempena cuti sekolah ni ramai lah yg buat kenduri kendara kan. So aku pun tidak ketinggalan untuk join sekali kenduri kendara musim cuti sekolah ni. Lagipun dah lama tak gi kenduri. Hari sabtu hari tu abang kepada kawan aku Wani kahwin. So dia mintak aku dengan Mida jadi 'tukang bawa par'. Kami dengan rela hari dan semangat membara pun 'on' jer. Kebetulan hujung minggu, Mida pun tak kerja so setuju jelah. Jap, asal banyak norr 'So' kat perenggan ni? Huh!
 
Actually aku dah lama tak gi kenduri so masa gi kenduri hari tu terlebih excited sikit. Haha! Wani cakap nak datang ambil lepas Zohor, sekali nak dekat pukul 3ptg baru datang. Dia cakap banyak kerja dan tengah kelam kabut, so maafkanlah dia. Sesungguhnya hamba seorang yg pemaaf. Aawww! Tapi sementara tunggu dia tu, sebakul dua jugak lah peluh aku keluar. Dahla tengah hari, pastu pakai maxi dengan makeup 16 inci yg tahap-tahap nak cair meleleh macam ais krim dah, dengan matahari tengah berjoget atas kepala, hilang mood mummy sekejap nokkkk...... So here some of the pictures taken during that kenduri. Ada gambaq taq cleaq sangat sebab guna camera handphone ja. Wani tak upload lagi gambaq-gambaq cun dari camera dia. Letih ceq nak tunggu aih! Gambaq pengantin pun takdak pasai kitorang segan, tak kenal pengantin(abang Wani). Muahaha!

 Inilah Wani, mastermind yg ajak kitorang tu. Abang yg kahwin, dia pulak yg kelam kabut.
Yg kecik tu cousin dia kot.


Mida, saya, dan Wani. Amik aura pengantin sket. muahaha
 

Lia dan Wani (Lia tu officemate Wani,so baru kenal haritu.hehe)
 

Ni masa nak balik. Yg pink tu mak sedara Wani kot, Mida, Lia
 
 
Eh! Orang kt tengah tu dah bertukar lah.haha
 
 
Kami bestfriend ^_^


Masa balik dr kenduri.sempat lagi snap2 dlm keta.
 
 
 
Tu je nak share. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
p/s: dah lama tak keluar bertiga dgn Umi dan Mida

Thursday, March 21, 2013

Bila Penyakit Kronik Melanda

Assalamualaikum...
 
Suspen giler tajuk entry aku kali ni. Tapi actually bukan penyakit yg sakit tu pun, ni penyakit yg tak sakit langsung. Eh??? Bukan penyakit namanya kalau tak sakit. Hhmm...pape jelah. Penyakit yg aku maksudkan ialah penyakit 'gila selca' atau gila kamera. Ya, inilah penyakit yg aku hidapi selain dari 'shopping' atau 'window shopping' dan berjimba-jimbu. 'Selca' tu short form dari 'Self-Captured' which means kita tangkap sendiri gambar kita yg syok sendirian berhad tu yg konon-konon Miss Universe 10 tahun berturut-turut. Macam 'camwhore' la tapi 'selca' lagi comel bunyinya.hehe..
Aku rasa mesti semua orang suka tangkap gambar kan nak-nak kaum hawa. Pergi mana-mana mesti nak 'selca' sana sini. Asal masuk toilet je tangkap gambar, asal tunggu makanan sampai je tangkap gambar, asal takde buat pape je tangkap gambar. Ok fine, orang yg jenis camtu adalah aku. Aku memang suka 'selca' especially bila nak outing. Ada sebab nak bercantik-cantik sikit kan. Haha..Sementara tunggu kakak atau kawan datang ambil, aku habiskan masa dengan sebaik mungkin ber'selca'. Paling kronik bila takde buat apa-apa kat rumah, tetibe tempek make-up 16 inci pastu 'selca' sorang-sorang. Ya ampun! Aku ke ni?! Rasa macam sewel pun ada bila fikir balik. Tapi bila dah bosan tahap melampau itu jelah ubatnya.



Kakak pun gila bergambar ok..*sememangnya toilet/washroom adalah tempat wajib ber'selca'*


Kalau dah gila kamera, muka pucat pun boleh jadi ceria.haha
 
 
Dalam kereta? Pun boleh..........*sila abaikan 'eye bag' yg tahap zombie mabuk tu*
 
 
 
 
Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
 
p/s: To my beloved Mr.SonyEricsson, thanks for always being with me 
 

Tuesday, March 19, 2013

Dilema Fesyen

Assalamualaikum...

Pernah tak korang pergi atau masuk mana-mana kedai pakaian, korang nampak ada model patung setia berdiri kt kedai tu yg pakai baju cantik-cantik? Kebanyakan kedai pakaian sekarang memang akan letak model patung tu untuk peragakan pakaian dari kedai diorang tak kira lah patung tu lelaki atau wanita atau kanak-kanak.  Eh, asal aku skema sangat story pasal patung tak bernyawa lagi tak penting ni?
Actually aku nak cerita yg aku kalau pergi mana-mana kedai pakaian, the first thing yg aku tengok adalah model(patung) dia. Yes, tu benda pertama yg aku tengok kalau pergi mana-mana kedai pakaian. Walaupun lalu je mesti tertumpu kat patung tu. Ada puaka agaknya model-model patung ni kat aku. Ouh seramnya.. So bila aku tengok baju yg patung tu pakai, aku akan rasa baju tu lawa je. But then again, aku akan fikir kalau aku yg pakai baju tu mesti tak lawa. Ini semua dilema! Dilema wanita! Tapi hakikatnya itulah apa yg aku rasa tiap kali nak beli baju. Sampai mind set aku sekarang ni pun ‘patung pakai sume lawa’. Sama jugak macam orang lain, bila aku tengok diorang pakai atau berfesyen, mesti lawa. But still, it goes back to my mind set and dilemma where, can I wear or am I gonna wear such thing just like others do? I’ve to admit that I’d think twice to wear what others wearing. Lagipun aku jenis yg tak suka ikut trend sangat. Orang pakai peplum, aku pun nak pakai peplum. No! that’s not me! Tak kisah lah betapa cantiknya baju atau fesyen tu kat patung/orang lain, kalau dah bukan citarasa aku, aku takkan tergoda. But frankly speaking terdetik jugak nak pakai apa yg orang pakai yg aku nampak cantik but my ‘NO’ is stronger than my eyes. Biarlah orang nak cakap ‘outdated’ ke, ketinggalan zaman ke, duduk zaman batu ke ais ke ape, as long as I feel comfort with what I’m wearing and how I dress my self, that’s pretty enough.
 
Dilema lain yg selalu aku hadapi bila berkaitan dengan fesyen adalah warna. Do I match the color of what I’m wearing? The dress/shirt with the pant? Yelah, tiap kali nak dressing nak pergi mana-mana, mesti nak kena cari baju yg matching dengan seluar lah, tudung lah. Mostly tudung dengan baju lah. Ada je yg tak kena. Tapi sekarang since trend ‘blocking colors’ berleluasa balik(dulu zaman retro), I guess takde masalah kot. Main sarung je apa yg ada kan. Tapi dalam main sarung tu tetap akan ada ke’dilema’an di situ. Trust me, tak semua ‘color-color block’ matching with each other. Kena tahu padankan warna jugak. Bila dalam dilema macam nilah kita kena minta pendapat dari orang lain. It’s good to have your own style and fashion identity but it’s important to get others opinion as well, so that you know what’s more and what’s less. Just take a little sight on how and what fashion do people love to see. Otherwise you’ll be a dead clown out there.
 
 
  
Aku pun tak berani nak komen atau cakap lebih-lebih sebab aku bukannya ‘stylist’ atau ‘fashion expert’. But this is just my personal opinion regarding fashion trends nowadays. Actually tak kisah la macam mana style atau color atau jenama apa yg kita pakai sekalipun, yg penting kita selesa dan tak keterlaluan dan tidak mengganggu pandangan orang sekeliling (Fuhh! Ayat takley blah). Almaklumlah sekarang ni kan makin ramai pengkritik-pengkritik fesyen yg tak diiktiraf. Pantang tengok orang pakai pelik sikit nak komen. Oopppss! Ok lah, sekian sahaja bulletin blog pada kali ini. Till then, Wasalam.
 
These are how I normally wore for outing. Simple je..
 
 
 
p/s: jeans dan kemeja tetap di hati