Wednesday, May 15, 2013

Finally, a New Look for my Blog!

Assalamualaikum...

Finally, I finished editing my blog already! Takdelah segempak dan cantik kebaboom mana pun tapi so far aku puas hati dengan color dan sistemnya. Sistem???? I mean boleh adjust la design text dia semua.. Previous template yg aku suka tu kan takleh adjust benda-benda alah ni. Kecik hati tau dengan template tu! Tapi berkat kesabaran dan ketekunan aku meng'google' dan menelaah template sampai nak terkeluar biji mata, akhirnya aku berpuas hati dengan template yg aku guna sekarang ni. Sangat simple dan suka dengan tone color ni(ala-ala purple mix grey gitu~) walaupun takde color feveret.huhu.. Well, tak semua yg kita suka kita akan dapat kan. Kadang-kadang kita akan dapat yg lebih baik dari apa yg kita suka. Giiitttuuu~
 
Buat header sendiri sbb header yg tersedia ada tidak menepati citarasa mata I.muahaha!
 
So sekarang boleh abaikan blog dengan tenang. Abaikan??? Yela, if one day aku dah takde masa langsung nak jenguk blog aku ni(macam perangai aku 3-4 tahun lepas tu), at least aku tinggalkan blog aku dalam keadaan cantik dan tersusun. Got it? Ok, tu jelah nak share. Perasaan bila blog dah cantik(konon....). Till then, Wasalam.
 
 
 
p/s: kalau blh taknak dah tukar template. tak larat menghadap ciptaan-ciptaan comel tersebut dan mengedit tahap nak pecah otak.

Saturday, May 11, 2013

A failure

Assalamualaikum...

Ye ye, saya tahu rupa blog saya agak buruk sekarang. Why???? Sebab aku tergedik-gedik nak cantikkan blog, last-last inilah hasilnya. Wait! This is not the final result yet! This is just half of my editing. You know why it just half? Because I am totally failed in editing blog and I don’t know what to do. Damn! Last last aku tinggalkan je serabut serabai macam tu. Aku suka template ni sebab dia(dia???) warna feveret aku..hijau..dan simple..
Tapi maksalahnya tak  boleh dan tak reti nak edit part advance apekebenda tah benda alah tu. Yang nak edit-edit font sume tu lah. Template ni tak boleh edit font. Kecewa bangat deh. Ke aku yg tak tahu macam mana nak edit? Sedih bebenor nasib aku nih. Dahlah nak cari template yg betul-betul berkenan memerlukan kesabaran tahap langit ke-7. Semua cantik, semua berkenan! Menghadap laptop hampir 5 jam semata-mata  nak survey benda alah nih. Ok tipu je.. 5 jam tu termasuk edit-edit sume k.. Tapi 5 jam rasa macam 5 minit je bila tengok ciptaan-ciptaan comel tersebut. Ok, nampak sangat aku takde aktiviti berpaedah hujung2 minggu ni.
Tulisan kocik jor.tak dapet makcik nak baco blog ekau ni haa!
*Btw nama template yg mcm tikar getah ni 'Tehhijau'(teh hijau la sgt)
 
Kalau lah ada orang yg boleh tolong cantikkan blog aku. Nak jugak ada blog cantik macam blog Irine Nadia Marcello, Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, The Life of Mansor’s Twin, Fatin Liyana, Cik Epal dan seangkatan dengannya.. Cantik dan sangat mengujakan tau blog-blog diorang. Tengok berjuta-juta kali pun tak bosan. Tapi apakan daya, aku harus menyedarkan diri aku yg aku bukanlah blogger tegar. Muahahaha! Entry baru sekerat dua, itupun setahun sekali update, ada hati mengidam blog macam diorang. Ceh! Sesungguhnya aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang blogger.huhu..
Blogroll? Blogger Templates? Blogger News? Apakah???!
 
Tapi walau macam mana pun akan ku gigih berusaha mencantikkan blog aku sepuas hati yg mungkin. Walaupun tidak segempak blog-blog kegemaranku itu, asalkan puas hati. Sementara banyak masa terluang ni kan..baik aku puaskan hati. Muahaha!
Ok bye. Till then, Wasalam.
 
p/s: dlm previous entry aku ada mentioned akan tukar template lagi kan. so this is the time. haha!

Monday, May 6, 2013

Getting Older!

Assalamualaikum...
 
Hello my dear Mr. blog.. Long time no see and jenguk-jenguk you. Kinda busy for the past few weeks. Even nak blogwalking pun takde masa. But now I’m back!!! Sorry for those amazing blogs which I adore most, that I couldn’t dropped for quite some times. Stress tahap nak pecah dinding woah tak dapat jenguk blog-blog kesukaan.
So here the hot story! ‘Hot story’ ok! Just 'bout 10 days after my birthday, I’ve experienced the general election’s event for the first time in my life. At the age of “valid age to vote”, I’ve been given the opportunity to vote for my favorite party and leader which I’ve never got myself involved in any political parties before. I am so not into this political stuff but it’s very important to choose my own future in terms of what can the country does for me. Because every single vote will determine the type of country and government you wish for. And we have that right and responsibility to make it happen.
I am officially a voter :)
Ok, tu je nak share. Sempena PRU 13 semalam kan…Till then, Wasalam.
 
 
 
 
p/s: Alhamdulillah for the great yet meaningful birthday this year :) 
 
 
 

Saturday, April 6, 2013

Pengat Labu

Assalamualaikum...
 
Petang tadi aku ada buat pengat labu. Then kawan aku cakap tak pernah tengok pengat labu. Kat KL memang diorang tak buat pengat labu ke? Atau memang ada tapi tak pernah jumpa? Yela pengat-pengat ni kan makanan warisan Melayu turun temurun. Dari kampung lagi tau. Sedangkan 'lompat tikam' pun ada kat KL. Kali ni nak share resepi yg senang tu lah. Senang dan sedap! Aku rasa pengat labu lah paling sedap antara pengat-pengat lain yg wujud.
 
Bahan-bahan:
Setengah biji labu(saiz besar) dibuang kulit dan potong dadu
1 plastik kecil santan pekat(aku guna dalam plastik sebab aku beli santan segar yg baru dimesin yg jual kat pasar tu)
2 ketul manisan
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
 
Kalau la buah labu ni boleh dimakan mentah2. nampak pun dah sedap!
 
Manisan/gula melaka.lagi sedap guna benda ni dari gula biasa.
 
 
Cara-cara:
1. Panaskan santan
2. Masukkan manisan dan kacau sampai manisan hancur (kalau pekat sangat tambah air)
3. Masukkan daun pandan dan secubit garam
4. Bila dah mendidih masukkan labu.
5. Tutup periuk dan biarkan sampai labu masak/empuk
 
 Dah siap!

 Sedap dimakan begitu sahaja @ dengan roti. Mabeles!


Entah apa-apa lah aku ni duk post resepi kat blog malam-malam buta. Buang tebiat betul. Siapalah nak masak pengat time-time nak tidur nih. Haiyaa! Takpelah, mood rajin dah datang kann... Selamat mencuba. Till then, Wasalam.




p/s: nak tanam pokok labu banyak2. nanti boleh jadi pumpkin carriage mcm dalam cerita Cinderella. haha!


 
 
 
 
 
 

Friday, April 5, 2013

"Kelebihan Selepas Menangis"

Assalamualaikum...
 
Haa..semalam dah bagi ilmu pasal 'stres'. Hari ni punya entry adalah kesinambungan 'stres' pula. Eh, ada sambungan ke? Kau ingat ni cerita Samarinda nak sambung-sambung. Sebenarnya harini nak cakap pasal air mata. Jap, semalam pasal stres, hari ni pasal air mata. Ape ke sadis bebenor entry-entry aku nih???! Apa-apa pun info yg bermanfaat lagi bertauliah ni aku copy paste dari surat khabar jugak ok. Harian Metro edisi hari ni, 5 April 2013, ruangan 'Gen-Y' muka surat V8-V9. Hah, hambik kau aku bagi details. Selain dari nak menambahkan bilangan 'post' aku yg tak berapa(bukan tak berapa, tapi memang tak!) membanggakan ni, aku rasa info ni sangat berguna untuk dikongsi. Sharing is caring, caring is loving kan..hehe. Ilmu yg aku nak share kali ni adalah kelebihan selepas menangis. Ingat menangis tu sesuatu yg teruk ke? Sila baca dan fahami dengan penuh makna ok.

Kelebihan selepas menangis:
  1. Membantu penglihatan. Air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yg boleh membuatkan penglihatan manusia kabur.
  2. Meningkatkan mood. Seseorang yg menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yg lebih baik.
  3. Mengeluarkan racun. Ahli biokimia, William Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yg keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. Tetapi keluarnya air mata yg beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.
  4. Mengurangkan tekanan perasaan. Air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yg disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim. Selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yg menjadi pendengar setia.
  6. Melegakan perasaan. Semua orang akan lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.
Selama ni aku ingat menangis ni boleh menjejaskan mata, contohnya boleh buat mata buta ke apa, rupa-rupanya makin membantu. Tapi kalau nak menangis tu biarlah bertempat. Jangan nanti takde ribut takde apa tetibe menangis macam budak sekolah hilang pemadam harga 20sen. Buat malu anak kucing je. Menangislah dalam kegembiraan ye adik-adik. Ok lah, that's all for tonight. Nanti akak cari lagi modal-modal berguna lagi bertauliah untuk dikongsi ye. Till then, Wasalam.
 
 
 
 
p/s: membaca menambahkan ilmu pengetahuan dan lebih afdal kalau kita kongsi ilmu yg berguna tu