Tuesday, August 13, 2013

Raya yang Penuh Emosi


Assalamualaikum…
Hey y’all readers and bloggers. First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya sebulan kan. So sangat relevant untuk aku ucap selamat hari raya lagi.Hikhikhik. Dah lama tak update blog ni. Sejak bulan puasa kot. Padahal selalu je buka blog tapi buka untuk baca entry orang jela. Walaupun banyak benda yg terjadi dan nak story dalam blog ni. Tapi bila dah terkusyuk skodeng blog-blog orang lain 2-3 jam, terus aku lupa yg aku ada blog. Boleh camtu? Hahaha! Harini mood rajin datang bertemankan semangat dan arahan yg diberi oleh sahabat karibku Umi (pergh, skema giler ayat) untuk meng’update’ blog.
 
Nak story pasal apa ek? Banyak sangat benda yg ada dalam benak kepala ni. Emm..nak story semua karang ada jugak yg tak tido 4 hari 4 malam. Aku cerita apa yg menarik dalam kepala aku jela ek.
 
Well, raya aku tahun ni tak segempak tahun-tahun lepas. Why? Sebab aku beraya di hospital. Tapi bukan aku yg masuk hospital tapi kakak aku bersalin. Due dia 8hb hangpa tau. Dan 8hb tu kan hari raya. Tapi dia ‘check-in’ ward awal sebelum 8hb tu. Dia bersalin 10hb, raya ke-3 dan dapat baby boy. Kakak bersalin through operation so agak lama la stay hospital berbanding yg bersalin normal tu kan. Memang tak beraya sangat lah aku duk ulang alik dan stay hospital jaga kakak. Memandangkan aku satu-satunya adik perempuan beliau, haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Ye dok? Huhu.. Even preparation for raya has been made in last minutes. Almaklumlah aku je perempuan kat rumah selain mak aku. So everything related to house works was depended on me. Kuih raya pun sempat buat empat jenis je. Sebab selalunya kakak datang tolong buat kuih raya dengan aku, tapi since dia dah sarat, terpaksalah aku ‘struggle’ sorang-sorang menghadap encik tepung dan rakan-rakan.
 
Nak beraya dengan sahabat handai serta rakan taulan pun tak kesampaian. Dahlah ramai kawan-kawan lama yg jemput ‘open house’ dan kenduri raya tahun ni. Waaaa! Nangis berbaldi-baldi tak dapat join! :’( Tapi di sebalik kesedihan tu, aku happy sebab dapat anak buah. Yay! Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan, dan begitulah sebaliknya kan. Barulah adil.hehehe! Walaupun penat ulang alik dan teman kakak kat hospital, tapi aku happy sebab bila lagi nak berkorban untuk satu-satunya kakak yg aku ada kan.huhu(emosi kejap). Aku kena stay sebab lelaki tak dibenarkan tunggu @ teman  pesakit kat hospital tu. So abang ipar aku dapat datang jenguk kejap-kejap dan hantar makanan macam tu jelah. Pastu selebihnya aku dengan adik perempuan dia la yg jaga kakak. Tapi adik abang ipar aku tu pun dah kahwin dan ada anak kecik, so malam memang turn aku lah kan. Adik mithali sangat tau!
 
Panjang pulak aku membebel. Kalau boleh aku nak cerita lagi tapi takpelah.haha! Cerita sikit-sikit dahlah ye. Bukan ada yg baca pun . By the way, kakak dan baby dah keluar hospital petang semalam dan balik rumah mertua dia. Malam semalam aku dengan family aku pergi jenguk diorang. Dari haritu lagi excited nak tengok baby. Ingatkan dapat tengok kat hospital rupanya tak dapat. Sebab tengok orang lain masing-masing dah ada baby kat sebelah diorang. Kakak aku je yg terbongkang sorang-sorang.huhu.. Baby kena kurung sebab kes kakak aku bersalin bedah. Macam tu ek kes bersalin operate? Baby dengan ibu takleh duk sekali? Sedihnya T.T  Tapi semalam dah tengok so dah puas hati. Ok dah! Kang aku cerita pasal baby pulak kang 3-4 jam tak habis. Till then, Wasalam.
 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

 
 
p/s: jari jemari gatal nak menaip lagi dan otak meluahkan banyak idea. sabar! next time ye :)
 
 

Sunday, July 14, 2013

A Blog or A Diary?

Assalamualaikum...
 
What is the difference between a blog and a diary or journal exactly? Since years ago I was always wondering why people sometimes called their blog as their private journals. It could be a daily journal or weekly or whatever. For me, a blog is a public place where you share something with others, which is not personal. Well, maybe not too personal. And as far as I know, diary is a private place where you express and voice out your feeling which is kinda personal that happens in your life. A diary cannot be, and shouldn’t be seen or read by other people just like a blog. Or am I the only who think it that way?
Since I love to read blogs rather than writing it, I found that some people used the blog as their medium to talk about their personal matters. Don’t get me wrong. What I mean here is that they just exposed whatever negative feelings they had towards other people and talking bad about them, like nobody would read what they wrote. Pppfff! Hello! What if the person you mentioned in your blog read that? Well, you might not mention his/her name but that person must’ve known what you’re talking about. No matter how bad the person is, and how hates you are towards that person, blog is not the place where you can tell everyone about the problem you had with someone.  Just let it be your personal problem, or at least it’s just between you and the one that related to it, but not everyone.  
Even if you want to express your anger, do it in your personal diary. That is one of the ways could be used to express any feelings you have towards someone. You can even be a jerk to ‘em or say such ‘bad damn’ words or whatever you feel to ‘em, and nobody knows. Probably every person has their own way to show their feelings. I mean maybe they feel a bit relief to let all the people know about what’s going on in their life, how they feel towards someone, and how they talking bad about someone. Of course you have you own way to express it but isn’t it kinda immature when you exposed the negative sides or weaknesses of the person, and it’s like you’re the only ‘Mr/Mrs Right’? Because for sure you don’t wanna be seemed like a bad person, huh..
So I’m saying if you want to talk about something, I mean in your blog, think about it first. Because there are lots of people read your stories and who knows the one that read your blog could be the person you mentioned in your blog or someone who related with that person. So be careful. Till then, Wasalam.
 

 

Monday, June 24, 2013

Banana Mini Muffins

Assalamualaikum...

Hi you alls...Semalam I ada buat banana mini muffin. Dalam bahasa melayunya kek pisang je sebenarnya.haha! Resepi original I ambil dari youtube tapi tak jadi sangat bila I ikut resepi tu. So I modified that recipe and made my own. Entah betul entah tidak resepi kat youtube tu.huhu.. Kecewa tau kalau ikut resepi sejibik sejibun tapi last-last tak jadi. Bila I hentam sendiri baru jadi. I'm so proud of my self! Yeah! So here's my recipe of banana mini muffins.
 
Bahan-bahan:
5 biji pisang (dah kata kek pisang,bukan kek jambu.tak kisah pisang apa pun tapi I guna pisang kapas.kot.huhu)
1 cawan tepung gandum (supposedly kena ayak tapi I tak ayak pun.menjadi jugak ok)
2 biji telur
3/4 cawan gula
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara-cara:
1. Kisar telur, marjerin dan gula hingga halus. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi.
2. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan esen vanila hingga sebati.
3. Sudukan ke dalam cawan kertas kecil (jangan sampai penuh.kang melimpah pulak masa kembang nanti)
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20-25 minit (terpulang pada ketuhar masing-masing)
 
*kalau ikut sukatan ni boleh dapat dalam 50 biji.tapi depends on berapa banyak you alls sumbat dalam cawan kertas tulah.
 
tetibe muncul emoticon smile atas mini muffin I ni.huhu
 
bila kembang cantik je, bila dah sejuk hampeh. tapi takpelah, bukan nk makan yg panas pun kan
 
sekali ngap je~
 
Haaa! Senang je kan? I memang suka resepi yg senang-senang ni.hikhikhik..Ouh kali ni I bahasakan diri I "I" sebab tadi pagi I telan sepinggan french fries for breakfast. So lidah I ter'omputih' sekejap. In sya Allah petang nanti bila dah pekena sambal belacan jadi Melayu tulen balik lah kot. Ok, that's all for now. Selamat mencuba you alls..Till then, Wasalam.
 
 
p/s:memang takde keje duk blogging sambil tengok berita parlimen. mood parlimen sangat tau..

Friday, June 21, 2013

Bila Ada Yang Memanggil

Assalamualaikum...

Hai En.Blog, lama saya tak tulis apa-apa pada awak kan? Saya busy sikit la. Sikit je, tak banyak pun. Tapi malas tu yg banyak sebenarnya.hikhikhik! Selalu je buka blog atau blogwalking, cuma tang menaip tu yg malas. Well, this is me. A blogwalker, not a blogger.huhu..
 
Actually aku nak cerita something yg baru je terjadi masa tengah makan malam tadi. Tadi aku, mak dan ayah makan malam macam biasa. Tengah-tengah kusyuk makan tu tetibe ayah cakap kat kitorang "Makan lah dulu, nak pergi jap. Ada orang panggil". Aku dengan mak terkedu. Aku takde dengar suara orang panggil pun. Pastu ayah macam menyahut kat seseorang "Nanti dulu, nak pegi dah ni". Mak terdiam je. Aku ni lagi la. Takut bila tetibe ayah menyahut macam tu padahal takde orang pun. Pastu ayah pun bangun dan cepat-cepat masuk dapur cuci tangan. Jalan laju-laju macam nak kejar sesuatu. Aku dah takut dan risau gila bila tengok perangai ayah camtu. Aku perhati je ayah. Rupa-rupanya ayah nak pergi toilet! Yg memanggil tu sebenarnya toilet. Aiiyyaakk!!!!!!! Wa sudah kena kencing ooo..
 
Sumpah cuak gila tengok ayah tadi. Ingatkan dah jadi apa-apa kat ayah. Muka macam biasa je makan. Langsung takde ciri-ciri nak buang air besar langsung. Pastu tetibe menyahut. Seram gila! Tak expect langsung ayah nak buat perangai camtu nak gi toilet tadi. Ayah ayah...boleh pulak buat plot seram tengah-tengah makan tu. Aku dengan mak pulak diam sambil perhati je sape yg panggil. Mau pengsan atas tulang ayam jugak aku tadi. Nasib baik kuat semangat. Aku tak tahu lah benda tu seram atau kelakar. Tapi dari watak ayah tadi memang menakutkan ar. Sampai aku dah fikir bukan-bukan kot. Fuhh! Boleh jadi pelakon terbaik dah bapak aku nih. Ok, itu je drama untuk malam ni. Till then, Wasalam.

Thursday, June 13, 2013

My Mushroom Soup

Assalamualaikum...

Semalam abang aku ada bawa balik mushroom yg dalam tin tu. Banyak tin jugak lah dia bawa balik. Tapi kitorang(aku dengan mak) tak tau nak buat apa dengan cik-cik cendawan butang tu. Nak masak gempak-gempak takde bahan. Pagi tadi aku nampak roti atas meja, terfikir nak buat sup cendawan. Ala-ala mushroom soup Campbells la konon-kononnya. Kelas kau jah, nampak roti terus dapat idea nak masak.hikhikhik! Bahan-bahan dia nampak je banyak tapi nak buatnya senang sangat.
 
Bahan-bahan:
1 tin cendawan(potong kecil-kecil ikut suka hati)
1 biji bawang besar(potong dadu)
4 ulas bawang putih(cincang halus)
1 tin susu sejat
2 sudu tepung jagung(bancuh dengan air)
1 sudu besar serbuk lada hitam(taknak pun takpe)
2 sudu besar margerin
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Air(agak-agak je)
 
Cara-cara:
1. Cairkan marjerin, tumiskan bawang putih dan bawang besar separuh masak. (Jangan bagi garing bawang tu.kita bukan nak menumis untuk ayam masak merah ye..)
2. Masukkan susu sejat. Kacau sekejap.
3. Pastu campak segala bahan macam cendawan, serbuk lada hitam, garam, gula, serbuk perasa, air dan air tepung jagung.
4. Kacau sampai mendidih . Siap!
5. Kalau rasa pekat sangat, tambah air. Pastu pandai-pandai lah balancekan rasa nak manis ke masin, pekat ke cair.
*Kalau ikut sukatan ni boleh dapat 1 periuk medium size.

 
Western sangat sarapan aku pagi ni tau.hikhik

puas hati kalau buat sendiri sebab boleh letak mushroom banyak2!


Aku ni jenis yg tak ikut sukatan sangat kalau masak. Main campak-campak ikut suka tekak aku je. Janji sodap.. Oh ya! Mushroom soup ni boleh jadi mushroom sauce untuk spagetti dan pasta jugak tau. Cuma tak masuk daun ketumbar dengan cheese je. Kalau pekatkan lagi pulak jadi mushroom sauce untuk chicken chop. Haaa kau! Resepi senang camni boleh dipelbagaikan cara makan. Kau ado???! Inilah namanya resepi orang 'rajin' dan gemarkan penjimatan. Breakfast dengan roti dan mushroom soup, lunch dengan spagetti mushroom, dinner dengan chicken chop with mushroom sauce. Nampak tak penjimatan di situ? Muahaha! Selamat mencuba. Till then, Wasalam.



p/s:teringin nak buat lazagne sendiri tapi tak reti T.T