Monday, April 1, 2013

Creamy Chocolate Ice Blended

Assalamualaikum...
 
Harini nak share resepi yg senang tahap takley blah ke mana sahaja. Si Mida la ni yg suruh share sebab nampak aku post kat FB semalam. Buat malu aku je nak share resepi kanak-kanak nih. Tapi takpelah, sharing is caring kan..
 
Bahan-bahan:
2-3 sudu besar serbuk milo
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis
4-5 ketul ais
Sedikit air sejuk(sejuk dari peti ais tau!)
 
Topping:
Whipped cream (aku guna yg Pesan Breton fresh dairy whipping cream)
Cip coklat (kalau takde cip coklat, guna cip komputer. Eh tak2! Gunalah chocolate rise ke, kekacang ke, ikut suka kreativiti hangpa lah)
 
Cara-cara:
1. Humban semua bahan-bahan iaitu milo, serbuk koko, susu pekat manis, ais dah air ke dalam pengisar(blender) dan kisar sampai haluuuusssss(stail Harith Iskander).
*Air tu agak-agak je. Jangan cair sangat sebab dah ada ais dalam tu(dah namanya pun ice blended). Lama-lama dia akan cair meleleh jugak.
2. Masukkan dalam gelas(tapi aku letak dalam mug je) dan hiaskan dengan whipped cream secantik yg boleh dan taburkan cip coklat.
3. Sedia untuk dinikmati.
 
 
My homemade creamy chocolate ice blended!
Don't judge the taste by its look! Main hentam je letak cream tu.huhu 
 
 
Till then, Wasalam.
 
 
 
 
 
p/s: seney mesek jah Mida weh. xsoh duk wat xreti lah. ngado sungguh!
 

2 comments:

NinaAz said...

Walaupun humban segala bhn. Tp still nampk yummy!!!!

nia_cheroniah said...

Haha.resepi budak2 je Nina :D